بسم الله الرحمن الرحيم
"In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful"

Betapa agungnya! Allah SWT menurunkan ayat pertama @ perkataan pertama melalui Al-Quran hanyalah dengan perkataan Iqra'. Anehnya, perkataan pertama itu bukan bermaksud, sembahyang, puasa, dsb. Ia bermaksud "bacalah..."

Allah revealed the first sentence @ first word through the Quran is the word Iqra '. Oddly, the first word that does not mean, prayer, fasting, etc.. It means "read ..."

Wednesday, March 30, 2011

Tiup Lilin?


Hukum menyambut hari jadi dan hukum meniup lilin

Maka jawabnya berdasarkan beberapa orang ulama’ kitab-kitab terbaru (ulama’-ulama’ yang lama tidak menyebut tentang perkara hari jadi ini) diantaranya seorang ulama’ besar di Universiti al-Azhar melalui kitabnya ‘yas a luu naka fiddin’ hukumnya bida’ah yang harus.

Bida’ah kerana tiada contoh yang dibuat pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. . Harus pula kerana tiada ayat, nas atau hadis yang melarang menyambut hari jadi maka harus asalkan biarlah dengan cara yang tidak bercanggah dengan Islam.

Hukum meniup lilin ini adalah haram kerana amalan ini tiada dalam agama lain melainkan agama kristian. Barangsiapa yang mengikut satu adab yang lazim untuk sesuatu kaum sahaja maka termasuk kaum itu.

Setengah ulama’ mengatakan boleh buat kek tetapi tidak boleh tiup lilin dan bernyanyi. Sebaiknya berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. . Sesiapa yang berselawat ke atas atasku (Nabi Muhammad S.A.W. ) sekali maka Allah akan mengampunkannya sebanyak 10 kali dosa-dosanya.

Bersyukurlah kerana Allah masih memberikan kita peluang untuk hidup bukannya bergembira sedangkan semakin banyak hari jadi yang kita sambut untuk diri kita semakin tua umur kita dan semakin dekat kita dengan hari kematian kita maka patutkah kita bergembira, bertepuk tangan atau seumpamanya?

Wallahualam..

Monday, March 28, 2011

HTC Incredible S menggiurkan

SEBUT saja HTC anda akan menyaksikan pelbagai model menarik dihasilkannya terutama rekaan dan penggunaan Android yang sebati dengan peranti dikeluarkan syarikat itu.

Terbaru, HTC bakal tampil dengan HTC Incredible S menggunakan platform Android 2.2 Froyo yang turut mengabadikan CPU 1GHz Scorpion, Adreno 205 GPU, Qualcomm MSM8255 Snapdragon. Pasti bertenaga!

Tidak lupa pada faktor hiburan dipamerkan Incredible S memang sesuai dengan namanya sendiri apabila skrin sebesar 4.0 inci S-LCD dilengkapkan lagi audio Dolby + SRS Surround membenarkan tontonan filem unggul.

Sebut saja mengenai kepintaran dalam ruang sosial dan anda akan mendapat jawapannya dalam peranti ini yang memuatkan ciri HTC Sense untuk kemas kini e-mel, status pada Twitter, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan di bawah satu ikon.

Ia mungkin perakam visual mantap bagi telefon pintar apabila dilengkapi teknologi 8.0 megapiksel dengan flash LED yang mengagumkan cukup untuk dibawa ketika bersantai selain mod suntingan senario dan susunan gambar kemas.

Jika mahu merakam pula, cubalah fungsi rakaman video 720 piksel HD penuh dan segera muat turun terus dari telefon anda.


>Spesifikasi

PRODUK: HTC Incredible S
HARGA: RM1,999
PEMPROSESAN: 1GHz Scorpion, Adreno 205 GPU, Qualcomm MSM8255
Snapdragon OS: Android 2.2 (Froyo)
MEMORI DALAMAN: 1.1 GB ROM, 768 MB RAM
PAPARAN: 4.0 inci S-LCD
RANGKAIAN: HSPA+ 850/1900 Mhz, GSM/GPRS/EDGE 850/900/1800/1900 Mhz
KAMERA: 8.0 megapiksel, fokus automatik, dual flash
SAMBUNGAN: Bluetooth 2.1, Wi-Fi 802.11 b/g/n
BATERI: 1450 mAh
MASA BERBUAL: 6 jam 20 minit
SAIZ: 120 x 64 x 11.7 mm
BERAT: 135.5g
CIRI UNIK: Android baru, sentuhan laju

Oleh Afiq Hanif
afiq@hmetro.com.my

bila laa bole dapat..huhu

Friday, March 25, 2011

Toothbrush in the Toilet

My 4 year old son came screaming out of the bathroom to tell me he'd dropped his toothbrush in the toilet. So I fished it out and threw it in the garbage.

He stood there thinking for a moment, then ran to my bathroom and came out with my toothbrush.

He held it up and said with a charming little smile, "We better throw this one out too then, 'cause it fell in the toilet a few days ago.

Thursday, March 3, 2011

Dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu


KL - Bentong - Raub - Lipis - Merapuh - Gua Musang - Pahi - Kuala Krai - Machang - Ketereh - Kota Bharu

Semenjak dah beristeri org kota bharu..maka kerap lah kawe ke sane..ecspecially lepas menimang cahaya mata sulong ni..hehe
Perjalanan mengambil masa 1 jam sahaja..iye..kalu naik Air Asia laa..hehe
Kalau perjalanan darat, 7, 10, 12 jam tu biasa laa..bole tahan laa lenguh tu..hehe
Perjalanan sejauh lebih kurang 450KM ni sangat laa mencabar..lebih mencabar jika masuk kawasan berbukit-bukau dan ter'follow' pulak belakang lori atau bas. Nak taking over dah 1 hal..kena pulak baik punya panjang duk beratuq blakang lori tu..huhu
Kalau laju di jalan yang clear takut kena speedtrap pulak..hampeh sungguh..

Walaupun aku nampak ada proses2 menaik taraf jalan yang berlaku..tapi aku rasa ianya masih belum cukup. Kenapa kemajuan jalan ini dipinggirkan..huhu
Tahun bila laa agaknya bole aku tengok lebuh raya KL - KB menjadi nyata..ada kemungkinan ka?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...