بسم الله الرحمن الرحيم
"In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful"

Betapa agungnya! Allah SWT menurunkan ayat pertama @ perkataan pertama melalui Al-Quran hanyalah dengan perkataan Iqra'. Anehnya, perkataan pertama itu bukan bermaksud, sembahyang, puasa, dsb. Ia bermaksud "bacalah..."

Allah revealed the first sentence @ first word through the Quran is the word Iqra '. Oddly, the first word that does not mean, prayer, fasting, etc.. It means "read ..."

Monday, June 25, 2012

Khasiat Ulam Raja


Ulam Raja (king salad) sebenarnya adalah tergolong dalam jenis cosmos yang biasa ditanam sebagai pokok hiasan kerana bunganya yang cantik dan berwarna warni. Namun yang selalu dijadikan ulam selalunya mempunyai bunga yag kecil dan berwarna agak pucat(merah jambu pucat) atau putih.Ia juga dikenali sebagai bokok intan berayun. biasanya ia boleh tumbuh hingga mencapai 2 meter tingginya dan ketinggian yang paling sesuai untuk pertumbuhannya ialah pada 200 meter dari aras laut.. Ia membiak melalui biji benih yang dihasilkan selepas bunganya matang.Tumbuhan ini berasal dari Amerika latin tetapi boleh didapati tumbuh secara liar disemua negara asean. ia mengandungi 0.3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat, ia juga kaya dengan laksium dan vitamin A.

KHASIAT

Ulam raja digunakan dalam perubatan tradisional kerana khasiatnya yang dikatakan dapat mencuci darah dari bahan toksid dan juga dapat menguatkan tulang. klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan dapat merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti candida albicans dan Bacillus subtilis dan juga E.choli. Ulam Raja ini sangat senang ditanam dan boleh tumbuh dihalaman rumah atau didalam pasu bunga.. Kaedah penjagaan yang mudah dengan siraman air dua kali sehari akan menjadikan pokok ulam raja mudah membiak dan membesar dengan cepat. Ianya boleh dijadikan sumber sayuran atau ulaman seharian. Sangat sesuai ditanam didalam pasu sekiranya anda tinggal dirumah bertingkat seperti flat atau apartment.


Nasi Lemak Royal @ Ampang


Update 2015: Kedai dah tutup.. Hehe, dia bukan tutup..dia pindah. Dia pindah kat sebelah saja. Rumah kedai, ujung sekali.

Nasi Lemak Royal ni dekat Ampang. Dibawak mai dari Nasi Lemak Royale di Kedah. Rasa dia memang tak sama macam nasi lemak biasa. Mungkin ada jugak orang yang kata ni bukan nasi lemak.

Kredit to Kayrul Anuar untuk gambar2 di atas.


Peta lokasi beserta Koordinat GPS. Aku duk Kampung Pandan..kelia, x jauh dah..hehe


Swimming Pool betui2 sebelah kedai.

Blog lain berkenaan Nasi Lemak Royal, Ampang

Link Nasi Lemak Royale, Aloq Staq.

Link Nasi Lemak Royale, Pantai Johor.

Link Nasi Lemak Royale, Jitra.


*Orang Kedah bulih mai pelepas gian. Orang sini nak try rasa bulih mai noo..kelia..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...