بسم الله الرحمن الرحيم
"In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful"

Betapa agungnya! Allah SWT menurunkan ayat pertama @ perkataan pertama melalui Al-Quran hanyalah dengan perkataan Iqra'. Anehnya, perkataan pertama itu bukan bermaksud, sembahyang, puasa, dsb. Ia bermaksud "bacalah..."

Allah revealed the first sentence @ first word through the Quran is the word Iqra '. Oddly, the first word that does not mean, prayer, fasting, etc.. It means "read ..."

Friday, April 24, 2009

Bahana Nafsu

SETIAP kali berakhirnya sambutan yang membabitkan ‘kemeriahan’ pada sebelah malamnya di negara ini, tiga bulan selepas itu akan menyaksikan peningkatan kes membuang bayi dan mengandungkan anak luar nikah. 

Tempoh ini ibarat ‘musim mengawan’ kerana tiga bulan selepas itu rumah perlindungan wanita akan mencatatkan peningkatan kes wanita tidak bersuami mengandung memohon ‘perlindungan’ dan di seluruh negara pula akan mencatatkan kes buang bayi sama ada yang ditemui masih hidup atau ada janin dibuang di dalam semak, tandas awam atau pusat pembuangan sampah. 

Cukup menarik untuk membicarakan topik ini kerana umumnya ia membabitkan pasangan yang mengadakan hubungan intim membawa kepada perlakuan seks terlarang. Soal sah atau haram diketepikan pelakunya, asalkan hasrat nafsu serakah dicapai.

Istilah ‘mengawan’ mungkin lebih menjurus kepada binatang dan konteks ini ia memang normal, bahkan soal bertukar pasangan bukan masalah besar. Bagaimanapun, dalam lingkungan penghidupan manusia normal, apatah lagi umat Islam yang tergolong dalam kategori berpelajaran dan pendidikan tinggi, ia sepatutnya tidak berlaku. 

Menariknya, ‘musim mengawan’ ini berlaku serentak setiap kali adanya sesuatu sambutan membabitkan cuti umum atau dikaitkan dengan meraikan bersama kekasih seperti Tahun Baru, kemerdekaan atau ‘Hari Kekasih’ (Valentine’s Day). 

Ketika itu jugalah, anak muda bergelar pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) tidak terkecuali ‘mengawan’ sama ada mendapat persetujuan bersama atau tidak sengaja bersama pasangan masing-masing.

Penghuni Kem Bina Insan Kewaja mengikuti sesi agama dan kaunseling.

Soal hukum agama diketepikan sama sekali, soal baik buruknya perbuatan mereka yang bergelar pelajar universiti juga dibuang ke dalam tong sampah. Paling penting, naluri hati dan nafsu mesti dipenuhi. 

Kenyataan ini bukan omongan kosong. Hakikatnya, jika dilihat pada statistik kes buang bayi atau kes gadis mengandung anak luar nikah, ia secara konsisten menunjukkan trend ini selepas beberapa bulan atau maksimum sembilan bulan selepas sesuatu perayaan berlangsung. 

Ini diakui Pengarah Kem Modal Insan Kewaja, Yahya Mohamed Yusof, 45, yang kini sudah mengendalikan lebih 3,000 kes mengandung anak luar nikah sejak 1998. Rata-ratanya berusia 17 hingga 23 tahun yang mana mereka sebenarnya dalam peringkat mencari ilmu, bukannya mencari keseronokan seks. 

Kewaja yang ditubuhkan atas inisiatif Yahya bersama isterinya, kini dikhaskan untuk membantu dan menguruskan gadis mengandung anak luar nikah, bertujuan membawa mereka kembali ke pangkal jalan dan pada masa sama mengelak meningkatnya kes membuang bayi.






Pesta hiburan dan sambutan Hari Kekasih banyak menyumbang kepada perlakuan seks bebas.

“Kira-kira 50 peratus daripada mereka pelajar sekolah menengah atas dan IPT. Memang diakui, setiap kali tiba musim perayaan, kami akan menerima banyak kemasukan baru beberapa bulan selepas itu. 

“Kita perlu melihat ke belakang untuk mengkaji fakta itu dan ia dikira berdasarkan usia kandungan mereka. Kebanyakan mereka mengandung pada bulan yang memang ada sesuatu perayaan atau sambutan berlangsung. Kononnya itu masa bersuka ria. 

“Kita jangka pada sambutan Hari Kekasih pada Februari lalu kes gadis mengandung di luar nikah akan meningkat selepas Mei kerana kebiasaannya, gadis terbabit hanya menyedari mereka mengandung tiga bulan selepas itu,” katanya. 

Ketika ini pusat itu menguruskan 55 peserta wanita yang sedang menunggu masa kelahiran bayi mereka mengikut tempoh berbeza. Puratanya, dianggarkan antara 15 hingga 20 orang akan keluar masuk pusat itu setiap bulan. 

Logiknya, itu hanya statistik daripada sebuah pusat sukarela, belum dikira pusat lain, kes mendiamkan diri atau yang nekad menggugurkan anak semata-mata mahu mengelak menanggung aib diri dan keluarga. 

Berdasarkan kaji selidik dan pengalaman Yahya menguruskan pusat itu sejak 21 tahun lalu, ada antara peserta yang beranggapan pertemuan romantik pasangan kekasih sempena Hari Kekasih atau cuti umum sebagai simbolik upacara ‘pecah dara’. 

Berlainan bagi Yahya yang tetap menganggap semua gadis di bawah jagaannya sebagai mangsa rogol walaupun ada yang mengadakan seks atas dasar suka sama suka. 

“Seks mestilah melalui proses yang betul, mesti ada peraturan. Tiada wanita yang merancang membuatkan diri dilanda musibah, ini semua disebabkan tipu daya lelaki. Tiada yang teringin nak mengandung anak luar nikah. 

“Saya anggap semua kes di sini sebagai kes rogol disebabkan mereka jadi pemuas nafsu lelaki. Apa yang boleh disimpulkan ialah bencana maksiat iaitu semua jenis maksiat di negara kita semakin teruk, perlu ada sikap menegur dan mencegah,” katanya. 

Monday, April 20, 2009

Ikan 'pontianak' ancam Tasik Besar


Haiwan bermulut bulat dan gigi tajam hisap darah hidupan asal di perairan Amerika 

NAMA Tasik Besar Amerika Utara sememangnya tidak asing bagi kita. Namun, secara diam-diam Tasik Besar yang luas ini berdepan kemusnahan teruk akibat kehadiran spesies makhluk perosak yang kecil, dikenali sebagai ikan lamprey atau ikan 'pontianak.'
 

Ikan menyamai belut, mempunyai mulut bulat dan bergigi tajam ini pula bukannya penghuni asal, sebaliknya berhijrah secara tidak sengaja dari Lautan Atlantik pada abad ke-19.

 

Caranya memusnahkan spesies lain juga menyeramkan - giginya yang tajam digunakan bagi ‘melekatkan’ dirinya pada ikan lain sebelum mengorek isi dan menghisap darah serta cecair pada mangsanya itu. 

Ini menyebabkan ikan itu dalam tempoh beberapa minit akibat kehilangan darah selain jangkitan kuman.
 

Ancaman dibawa ikan lamprey ini pula bukan kecil sebaliknya menyebabkan kemusnahan yang besar kepada habitat asal di kawasan berkenaan.


Ikan salmon menjadi mangsa Lamprey laut.

Setiap tahun agensi yang bertanggungjawab mengawal pembiakan ikan Lamprey terpaksa membelanjakan lebih AS$20 juta (RM70juta) untuk melaksanakan pelbagai kaedah mengurangkan pembiakannya termasuk menggunakan arus elektrik, pelepasan ikan lamprey jantan mandul dan semburan racun khas. 

Pada era 1930 hingga 1940-an kehadiran ikan lamprey secara tidak terkawal mengakibatkan industri perikanan air tawar di Tasik Besar terjejas teruk berikutan kemusnahan ikan asal termasuk ikan tamban air tawar, trout dan ikan putih.
 

Kepupusan ikan asal Tasik Besar menyebabkan satu lagi spesies ikan tamban dikenali alewife membiak terlalu banyak dan memburukkan lagi kemusnahan ekologi di tasik berkenaan. Ikan ini juga dipercayai menjadi punca utama jumlah beberapa ikan lain terjejas berikutan kandungan bahan kimia thiamine di dalam isinya menyebabkan ikan lain yang memakannya menjadi mandul.
 

Berikutan itu, ahli sains dan penyelidik tidak jemu menjalankan kajian bagi mencari kaedah terbaik mengawal dan seterusnya menghapuskan ikan lamprey.

Terbaru, penyelidik Amerika berjaya menghasil dan melepaskan sejenis hormon seks tiruan ikan lamprey jantan bagi menarik ikan betina berenang ke hulu sungai dan diperangkap. Kejayaan itu dilaporkan dalam sidang Akademi Sains Kebangsaan baru-baru ini. 

Langkah menggunakan hormon tiruan ini dipercayai kali pertama dilaksanakan dalam usaha mengawal haiwan perosak selain serangga.
 

"Kajian mengenai penggunaan hormon haiwan sedang dilakukan dengan meluas, malah kajian terhadap manusia turut dibuat," kata ketua penyelidik dari Universiti Michigan State di East Lansing, Amerika, Profesor Weiming Li.

Bagaimanapun kata beliau kebanyakan penyelidik menganggap, oleh kerana ciri ikan ini yang kompleks, tabiat mereka juga sukar ditentukan hanya dengan kajian ke atas satu hormon.
 

Kumpulan penyelidik Profesor Li baru-baru ini melepaskan hormon tiruan lamprey jantan di sebuah anak sungai yang menjadi tempat lamprey membiak.
 

Lamprey betina yang terbau hormon itu mula berenang ke hulu sungai sehingga bertemu sumbernya dan sebilangannya berjaya diperangkap untuk dimusnahkan.
 

Pusingan hidup semula jadi ikan lamprey bermula daripada penetasan di sungai dan kehidupan dewasa di laut apabila ia mula menjadi ikan parasit dan bergantung hidup dengan darah dan cecair ikan lain yang dihisapnya sehingga menyebabkan ikan itu mati.
 

Ikan lamprey betina dan jantan yang kekenyangan akan mencari hulu sungai yang sesuai untuk bertelur dan mati.
 

Berbeza dengan salmon yang mencari anak sungai asal pembiakannya, lamprey boleh membiak di mana-mana sungai.
 

“Hormon tiruan ini mungkin boleh digunakan untuk menarik lamprey ke kawasan sungai yang tidak sesuai untuk pembiakan.”
 

Di habitat asal lamprey di Lautan Atlantik, bilangan haiwan ini dikawal pemangsa semula jadi tetapi di Great Lakes ia tidak mempunyai pemangsa.
 

Lamprey laut pertama kali muncul pada tahun 1800, selepas pembinaan Terusan Erie yang mengubungkan tasik itu dengan New York selesai.
 

Lamprey mula membiak dengan tidak terkawal apabila satu lagi terusan yang dibina menyediakan ‘pintu masuk’ kepadanya ke bahagian hujung tasik dan ini menjadi permulaan kemusnahan besar-besaran ikan asal di Great Lakes.
 

"Apa yang terjadi adalah perkara paling buruk pernah berlaku dalam sejarah penempatan orang Eropah di wilayah ini," kata Dr Marc Gaden dari Suruhanjaya Perikanan Great Laakes (GLFC) badan yang bertanggungjawab menangani maslaah lamprey.
 

Beliau berkata sebelum 1930-an penduduk bergantung kepada ikan asal seperti trout sebagai punca pendapatan, tetapi menjelang 1940-an lamprey menghuni beribu-ribu anak sungai dan menjejaskan dengan teruk industri menangkap ikan di Great Lakes.
 

Kebanyakan ikan boleh hidup sama ada di air tawar atau air masin saja, atau seperti ikan salmon berhijrah dari lautan ke sungai, tetapi lamprey mampu membiak ketika ia bergerak dari Atlantik ke kawasan air tawar Tasik Besar.
 

Setiap seekor ikan lamprey boleh memusnahkan sehingga 20 kilogram ikan trout sepanjang tempoh ia menjadi 'parasit'
 

"Kami amat teruja dengan penghasilan hormon tiruan ini kerana bagi kami ia satu lagi kaedah menangani masalah ikan lamprey. Ia mungkin boleh digunakan untuk memanipulasi tabiat mereka dan memusnahkannya," katanya.
 

Profesor Li dan pasukannya kini merancang eksperimen lebih besar iaitu menggunakan hormon untuk memerangkap lamprey betina di 20 anak sungai. Ujian ini dijangka mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan.
 

INFO: Lamprey laut
 

·  Lamprey laut atau nama sainsnya Petromyzon marinus 

·  Asal dari Lautan Atlantik, boleh ditemui di timur Amerika dan Kanada 

·  Hanya wujud di kawasan Tasik Besar 

·  Kali pertama dikesan pada 1936 di Tasik Michigan 

·  Mempunyai bentuk seakan belut, keluarga ikan tanpa rahang yang sudah wujud sejak zaman dinosaur, panjang antara 20 hingga 40 sentimeter, bahagian belakang berwarna coklat gelap, bermulut bulat dengan gigi tajam, mata besar berwarna merah 

·  Menjadi ikan parasit apabila dewasa 

·  Ikan lamprey air tawar ditemui di perairan Washington, sesetengahnya menjadi ikan parasit dan ada yang tidak 

·  Ikan lamprey air tawar parasit: silver lamprey, chesnut lamprey 

·  Ikan lamprey air tawar bukan parasit: Spesies northen brook lamprey, American brook lamprey.

Saturday, April 4, 2009

Tag Hampeh

1. apakah nama blog anda sekarang dan kenapakah anda memilih nama blog itu?
protozoa99. kerana [malas aku nk bagitau]..

2. apakah link blog anda dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
http://protozoa99.blogspot.com/. timbul nya ia selepas timbul dari permukaan air laut dalam di surabaya.

3. apakah method dalam penulisan anda?
mesej2 yang kritis lg sini..dan juga bolasepak..

4. pernah terasa nak hapuskan blog anda? kenapa?
x penah pun..nape nk hapus..igt kotaran degil kt baju putih ke?

5. apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini
ooo blog lya_nagase, sengal budak ni..tp dia mmg %^%&#$ %^%%^%&^%78^*&#$%#^ %^&%^&*(aku puji tu sbenarnya, jgn salah paham..hehe)

6. senaraikan calon yang akan di tag?
barang siapa yg baca mesej ini..anda telah di tag..hambik ko..yg dh buat pun buat 8 kali lg..nh lagi hambik..hambik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...