HTC Incredible S menggiurkan

SEBUT saja HTC anda akan menyaksikan pelbagai model menarik dihasilkannya terutama rekaan dan penggunaan Android yang sebati dengan peranti dikeluarkan syarikat itu.

Terbaru, HTC bakal tampil dengan HTC Incredible S menggunakan platform Android 2.2 Froyo yang turut mengabadikan CPU 1GHz Scorpion, Adreno 205 GPU, Qualcomm MSM8255 Snapdragon. Pasti bertenaga!

Tidak lupa pada faktor hiburan dipamerkan Incredible S memang sesuai dengan namanya sendiri apabila skrin sebesar 4.0 inci S-LCD dilengkapkan lagi audio Dolby + SRS Surround membenarkan tontonan filem unggul.

Sebut saja mengenai kepintaran dalam ruang sosial dan anda akan mendapat jawapannya dalam peranti ini yang memuatkan ciri HTC Sense untuk kemas kini e-mel, status pada Twitter, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan di bawah satu ikon.

Ia mungkin perakam visual mantap bagi telefon pintar apabila dilengkapi teknologi 8.0 megapiksel dengan flash LED yang mengagumkan cukup untuk dibawa ketika bersantai selain mod suntingan senario dan susunan gambar kemas.

Jika mahu merakam pula, cubalah fungsi rakaman video 720 piksel HD penuh dan segera muat turun terus dari telefon anda.


>Spesifikasi

PRODUK: HTC Incredible S
HARGA: RM1,999
PEMPROSESAN: 1GHz Scorpion, Adreno 205 GPU, Qualcomm MSM8255
Snapdragon OS: Android 2.2 (Froyo)
MEMORI DALAMAN: 1.1 GB ROM, 768 MB RAM
PAPARAN: 4.0 inci S-LCD
RANGKAIAN: HSPA+ 850/1900 Mhz, GSM/GPRS/EDGE 850/900/1800/1900 Mhz
KAMERA: 8.0 megapiksel, fokus automatik, dual flash
SAMBUNGAN: Bluetooth 2.1, Wi-Fi 802.11 b/g/n
BATERI: 1450 mAh
MASA BERBUAL: 6 jam 20 minit
SAIZ: 120 x 64 x 11.7 mm
BERAT: 135.5g
CIRI UNIK: Android baru, sentuhan laju

Oleh Afiq Hanif
afiq@hmetro.com.my

bila laa bole dapat..huhu

Comments

baincardin said…
I want iPhone 4!!!~ ^_^ hehe
proto said…
bape RM skarang?