بسم الله الرحمن الرحيم
"In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful"

Betapa agungnya! Allah SWT menurunkan ayat pertama @ perkataan pertama melalui Al-Quran hanyalah dengan perkataan Iqra'. Anehnya, perkataan pertama itu bukan bermaksud, sembahyang, puasa, dsb. Ia bermaksud "bacalah..."

Allah revealed the first sentence @ first word through the Quran is the word Iqra '. Oddly, the first word that does not mean, prayer, fasting, etc.. It means "read ..."

Wednesday, January 26, 2011

Adab Menyambut Kelahiran Bayi

*ini bukan asif (gambar hiasan saja)

Beberapa perkara telah disyariatkan oleh Islam ketika menyambut bayi diantaranya:

Disunatkan mengucapkan tahniah

Orang-orang Islam adalah digalakkan supaya bersegera mengucapkan tahniah kepada saudaranya atau sahabat-handainya yang baharu sahaja menerima cahaya mata. Amalan ini disuruh kerana menghibur saudaranya selain itu amalan ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama Muslim.
Sekiranya seseorang itu tidak sempat untuk mengucapkan tahniah adalah digalakkan untuk mendoakan kesahteraan kepada saudaranya dan anak yang baharu dilahirkan oleh isterinya. Antara doanya ialah: yang bermaksud;

“ Semoga Allah memberkati kurnianNya, syukurilah atas pemberian ini, penuhilah keperluannya dan rezekikanlah masa hadapannya
Kemudian apabila doa ini diucapkan maka disunatkan pula kita menyahutnya dengan ucapan

“ mudah-mudahan engkau juga diberkati Allah serta dilimpahi keberkatan ke atas engkau.

Disunatkan azan dan Iqamah
Rasulullah SAW sabdanya yang bermaksud: Sesiapa yang memperolehi
cahata mata (anak) maka hendaklah diazankan di telinga kanan dan
diiqmahkan di telinga kiri, nescaya terlepaslah darinya angin tiupan
syaitan”

Melakukan azan dan iqamah ini mempunyai hikmah tertentu, selain dari usaha untuk memohon perlindung daripada gangguan syaitan, azan juga merupakan laungan dan seruan kepada Allah, kepada agamaNya dan beribadah kepadaNya. Dengan itu jika lakukan seruan ini akan mendahului seruan syaitan. Azan juga adalah seruan kepada fitrah manusia yang asal sebelum digoda oleh syaitan yang ingin mengalih haluan kepada jalan jalan yang terkutuk dan dilaknati oleh Allah.

Melakukan Tahnik atau membelah mulut
Tahnik ini dilakukan dengan meletakkan sedikit isi tamar di atas jari
telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulut bayi serta dengan perlahan-
perlahan digerakkan jari itu ke kanan dan kiri mulut bayi. Ini dilakukan
sehingga isi buah tamar tadi menyentuh pada keseluruhan mulut bayi
berkenaan dan tamar tersebut akan masuk ke dalam rongga tekaknya. Jika
tidak ada tamar maka boleh digantikan dengan manisan lainnya seperti gula
dan sebagainya. Adalah lebih afdhal kalau tamar itu dikuyah oleh orang
alim atau orang soleh untuk mendapatkan keberkatannya. Dalam satu hadis
diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari Abi Musa r.a. katanya: “ Telah
dikurnikan kepadaku seorang anak, aku membawanya menemui baginda
Rasulullah s.a.w. baginda menamakannya Ibrahim, lalu baginda
mentahnikkannya dengan tamar dan mendoakan keberkatan untuknya,
kemudian baginda menyerahkan kembali anak itu kepadaku”
amalan tahnik ini adalah untuk menguatkan anggota mulut bayi supaya
lebih mampu untuk menghisap susu ibunya.

Mencukur rambut
Ini dilakukan sebaik-baiknya pada hari ketujuh kelahiranya, kemudian rambut itu ditimbang seberat emas atau perak dan disedekahkan pada fakir miskin, jika tidak mampu maka ditukarkan atas kadar wang atau sebagainya. Amalan bercukur ini mengandungi hikmah yang tertentu iaitu: dari sudut kesihatan, ia boleh menguatkan tenaga pertumbuhannya, menghilangkan selaput kulit kepala (iaitu sejenis cecair beku yang meliputi kulit kepala) dan juga dapat memberikan daya kekuatan dan ketajaman pada penglihatan mata, bau dan pendengaran. Dari sudut kemasyarakatan bercukur mengalakkan umatnya bersedekah disamping menunjukkan kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan-Nya. Walaupun disunatkan bercukur bagi orang Islam tetapi dilarang daripada melakukan Qaza’ iatu mencukur sebahagian kepala kanak-kanak dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri, ini untuk menunjukkkan sifat keadilan Allah s.w.t dan RasulNya s.a.w. di mana manusia diperintahkan supaya berlaku adil walaupun terhadap dirinya sendiri. Larangan mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian yang lain merupakan suatu perbuatan yang zalim kepada kepala kerana hal sedemikian menyebabkan sebahagian kepala akan ditutupi dan sebahagian yang lain terdedah tanpa rambut.

Berkhatan
berkhatan ialah memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar lelaki atau memotong sedikit hujung daging yang tumbuh dalam faraj perempuan. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “ kebersihan itu lima perkara: berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hukum berkhatan: terdapat perbezaan pendapat,
a) menurut Imam Abu Hanifah dan Imam Hasan al-Basri bahawa berkhatan itu sunat hukumnya.
b) Manakala menurut Imam Syafie, Imam Malik dan setengahnya yang lain mengatakan khatan hukumnya adalah wajib. Mereka mengeluarkan hukum berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“ sesiapa yang menganut Islam, hendaklah ia berkhatan sekalipun ia dari golongan dewasa”

Manakala waktu berkhatan pula, kebanyakan ulama berpendapat bahawa berkhatan itu mula diwajibkan bilamana umur kanak-kanak hampir usia baligh. Ini kerana memudahkan bagi mereka menunaikan tanggungjawab hukum syarak yang ditetapkan ke atas mereka apabila baligh kelak. Tetapi berkhatan adalah lebih afdhal dilakukan pada hari pertama dilahirkan. Ini bersesuaian dengan hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “ Baginda Rasulullah s.a.w melaksanakan aqiqah untuk Hasan dan Husin serta mengkhatankan keduanya dalam tempuh tujuh hari ( dari hari kelahiran)”.
(Riwayat Al-Baihaqi).

Manamakan anak

Islam mengalakkan umatnya memilih nama yang baik untuk dinamakan kepada anak-anak kita sebagai tanda pengenalan dan perbezaan antara orang Islam dan Orang yang bukan Islam. Nama yang baik juga sangat mustahak kerana panggilan yang sering dipanggil adalah doa yang dapat mempergaruhi keperibadian anak tersebut.

Ditukil dari buku Panduan Menyambut Kelahiran Bayi
Oleh Ja’far Al- Mathari Bin Abdul Rahman
Jasmin Enterprise

Friday, January 21, 2011

A Week with Asif

Gambo-gambo anakanda sulung saya..
Today (21/1/2011) baru berumur 1minggu 4 hari..




Day 1




Day 2



Day 3



Day 5



Day 6



A Week

Tuesday, January 4, 2011

Mari Makan Petai

Kebaikan Petai
Anda semua pasti mengenal bahawa petai sebagai buah yang membuat bau mulut dan bau kentut sangat tidak sedap. Tapi mungkin banyak diantara anda tidak mengetahui bahwa petai mengandungi sukrosa, fruktosa dan glukosa yang dikombinasikan dengan serat.Kombinasi kandungan ini mampu memberikan tenaga yang segera, namun cukup lama dan cukup besar efeknya. Kajian membuktikan dua bahagian petai mampu memberikan tenaga yang cukup untuk melakukan aktiviti berat selama 90 minit. Selain itu dapat juga membantu dalam penyembuhan penyakit-penyakit berikut.

1. Depresi
Menurut survey yang dilakukan oleh MIND diantara pesakit depresi, ramai orang merasa lebih baik setelah makan petai. Hal ini terjadi kerana petai mengandung tryptophan, sejenis protein yang diubah tubuh menjadi serotonin. Inilah yang akan membuat relax, memperbaiki mood dan secara umum membuat seseorang lebih bahagia.

2. PMS (premenstrual syndrome)
Jika mengalami PMS, anda tidak perlu makan pil, cukup dengan makan petai. Vitamin B6 yang terdapat dalam petai mengimbangi kadar gula darah, yang dapat membantu mood.

3. Anemia
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, petai dapat menstimulasi produksi sel darah merah dan membantu apabila terjadi anemia.

4. Tekanan darah tinggi
Petai mengandungi tinggi kalium, tetapi rendah garam, sehingga sangat sempurna untuk menjauhi tekanan darah.

5. Kemampuan otak
200 siswa di Twickenham (Middlesex) dapat menjawab ujian dengan mudah kerana memakan petai ketika sarapan, istirehat, dan makan siang. Kajian telah membuktikan bahawa buah dengan kandungan kalium tinggi dapat membantu belajar dengan membantu siswa semakin berhati-hati.

6. Sembelit
Kerana kandungan serat yang tinggi, maka petai akan membaiki sistem pencernaan.

7. Ubat mabuk
Salah satu cara paling cepat untuk menyembuhkan “penyakit” mabuk adalah milkshake petai, yang ditambah dengan madu. Petai akan membantu menenangkan perut dan dengan bantuan madu akan meningkatkan kadar gula darah yang jatuh, sedangkan susu akan menenangkan dan kembali memperbaiki kadar cairan dalam tubuh.

8. Kekenyangan
Petai mengandungi efek antasid pada tubuh, sehingga bila dada anda terasa panas akibat kebanyakan makan, cubalah makan petai untuk mengurangkan sakitnya.

9. Mual di pagi hari
Makan petai diantara jam makan akan menolong mempertahankan kadar gula dan menghindari muntah.

10. Gigitan nyamuk
Sebelum anda mencapai krim gigitan nyamuk, cuba untuk menggosok kawasan yang terkena gigitan dengan bahagian dalam kulit petai. Ramai orang dapat mengatasi rasa gatal dan bengkak dengan cara ini.

11. Untuk saraf
Petai mengandung vitamin V dalam jumlah besar, sehingga dapat membantu menenangkan sistem saraf.

12. Kegemukan
Penelitian di Institute of Psychology Austria menemukan bahawa tekanan ketika kerja menyebabkan orang sering mencapai makanan yang menenangkan seperti coklat dan keropok. Dengan melihat kepada 5.000 pesakit di hospital, penyelidik menemukan bahawa kebanyakan orang menjadi gemuk kerana tekanan kerja yang tinggi. Laporan menyimpulkan bahawa, untuk menghindari nafsu makan kerana panik, kita perlu mengendalikan kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan tinggi karbohidrat setiap dua jam untuk mempertahankan kadar yang tetap.

13. ulsers
Petai digunakan sebagai makanan untuk merawat pencernaan kerana texturnya yang lembut dan halus. Petai mampu menetralkan ulsers dan mengurangkan kegatalan dengan melapisi permukaan dalam ulser.

14. Mengatur suhu tubuh
Banyak budaya lain yang menganggap petai sebagai buah ‘dingin’ yang mampu menurunkan suhu tubuh dan emosi ibu yang menanti kelahiran anaknya. Di Belanda misalnya, ibu hamil akan makan petai untuk meyakinkan agar si bayi lahir dengan suhu tidak tinggi.

15. Seasonal Affective Disorder (SAD) (jiwa kacau)
Petai dapat membantu penderita SAD kerana mengandungi tryptophan.

16. Merokok
Petai dapat menolong orang yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6 dan B12 yang dikandungnya, bersama dengan kalium dan magnesium, membantu tubuh agar cepat sembuh dari efek penghentian nikotin

17. Stress
Kalium adalah mineral penting, yang membantu untuk menormalkan degup jantung, menghantar oksigen ke otak dan mengatur keseimbangan cairan tubuh. Ketika kita stress, metabolisme kita akan meningkat, sehingga akan mengurangi kadar kalium dalam tubuh. Hal ini dapat diseimbangkan lagi dengan bantuan makan petai yang tinggi kalium.

18. Stroke
Menurut kajian dalam “The New England Journal of Medicine,” makan petai sebagai bahagian dari makanan sehari-hari akan menurunkan risiko kematian kerana stroke sampai 40%

Petua hilangkan bau petai di mulut
(namun takder petua nak hilangkan bau petai dlm kumuhan)

1. makan beras mentah dalam 10 biji selepas makan benda2 bau
2. kunyah terong mentah agak2 sebesar ibu jari.
3. kunyah timun.
3. berus gigi selepas menggunakan dental floss dan kumur dgn listren
4. kunyah chewing gum
5. selepas makan = ambil pil yang melawas buang air besar agar makanan itu cepat2 keluar sebaik di hadam
(cthnya: teh org kampung)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...