بسم الله الرحمن الرحيم
"In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful"

Betapa agungnya! Allah SWT menurunkan ayat pertama @ perkataan pertama melalui Al-Quran hanyalah dengan perkataan Iqra'. Anehnya, perkataan pertama itu bukan bermaksud, sembahyang, puasa, dsb. Ia bermaksud "bacalah..."

Allah revealed the first sentence @ first word through the Quran is the word Iqra '. Oddly, the first word that does not mean, prayer, fasting, etc.. It means "read ..."

Friday, December 8, 2017

New Windows 10 Update


Security issues lately..



Untuk maklumat lanjut, klik link dibawah;
https://support.microsoft.com/en-us/help/4043948/windows-10-whats-new-in-fall-creators-update-1709

at last..an update for this year..at the of the year..hehe

Sunday, October 16, 2016

TIPS Rawatan MADU KELULUT



Selamat Mencuba!

🅾👉GASTRIK👈
Dinasihatkan agar makan 2 sudu kecil madu kelulut sebelum sarapan, 2 sudu kecil sebelum makan tengahari dan dua sudu kecil sebelum tidur malam.

🅾👉DEMAM👈
 Ambil 2 sudu kecil madu kelulut dan campurkan dengan air putih diminum sebelum sarapan , sebelum makan tengahari dan sebelum tidur (3 kali sehari) .

🅾👉KANSER USUS👈
 Boleh disembuhkan dengan gunakan madu kelulut yang dimakan sebanyak 3 sudu kecil dengan air putih sebelum sarapan pagi, 1 sudu kecil dengan segelas air putih sebelum makan tengahari dan 2 sudu kecil madu kelulut dengan segelas air putih sebelum tidur malam.

🅾👉CIRIT BIRIT👈
Campurkan 2 sudu madu kelulut dengan barli dan teh hijau bersama segelas air putih diminum sebelum sarapan dan sebelum tidur malam.



🅾👉ANTIBIOTIK👈
1 sudu kecil madu kelulut dicampurkan bersama ½ sudu kecil jintan hitam dan diminum 3 kali sehari

🅾👉BATUK👈
1 biji bawang putih dihaluskan + 2 sudu kecil madu kelulut. Minum sekaligus 4 kali sehari. Ulangi 3-7 hari. Atau: 1 biji limau nipis + 1 sudu kecil madu kelulut. Limau nipis diperah dalam air madu kelulut. Minum 3 kali sehari

🅾👉BIBIR PECAH👈
1 sudu kecil madu kelulutdi tempat bibir yang pecah

🅾👉KENCING MANIS👈
dinasihatkan agar makan 1 sudu kecil madu kelulutsebelum sarapan, 1 sudu kecil sebelum makan tengahari dan 1 sudu kecil sebelum tidur malam.

🅾👉BENGKAK/BENJOL👈
1 sudu besar madu kelulut + 1 biji limau nipis + 1 sudu besar kapur sireh + 1 biji kuning telur ayam kampung Campurkan sehingga sebati dan sapu pada bengkak

🅾👉CERDAS👈
 2 sudu kecil madu kelulut + 1 sudu besar minyak zaitun + 3 biji kismis + 3 sudu pati kurma. Kismis dilumatkan kemudian dicampurkan dengan semua bahan yang lain, atau makannya secara berbiji. Boleh juga diminum atau ditelan sebelum sarapan dan sebelum tidur.



🅾👉CERGAS👈
 Minum 1-2 sudu kecil madu kelulut 3 kali sehari. Iaitu pagi sebelum sarapan, tengah hari dan malam sebelum tidur.

🅾👉DARAH TINGGI👈
 1 sudu kecil madu kelulut di minum secara terus menerus 3 kali sehari.

🅾👉DARAH KURANG (Anemia)👈
Makan 3 sudu kecil madu kelulut 3 kali sehari.

🅾👉KUDIS👈
7 biji bawang merah + 2 sudu besar madu kelulut, sebatikan dan sapukan pada tempat kudis.

🅾👉LUKA👈
 Sapukan pada luka. Gunakan madu kelulut dalam kuantiti yang sesuai jika lukanya besar. Insya allah ada perubahan positif dalam masa 1-2 minggu.

🅾👉SAKIT JANTUNG👈
6 sudu kecil madu kelulut + segelas air suam. Minum 3 kali sehari. Bagi yang agak kronik, minum 1 sudu besar madu terus menerus 3 kali sehari tanpa henti selama 2 bulan, insya Allah ada perubahan yang positif.

🅾👉SAKIT PINGGANG👈
 1 biji telur itik + 4 sudu kecil madu kelulut, kacau rata dan terus minum. Lakukan setiap di awal pagi (subuh).

🅾👉SAKIT PERUT👈
(memulas) Minum 1-2 sudu besar madu kelulut 3 kali sehari atau semasa sakit bersama sedikit air suam

🅾👉SESAK NAFAS👈
3 sudu kecil madu kelulut + 1 biji jus segar lobak putih, minum 2 sudu besar 3 kali sehari.

🅾👉SUSAH TIDUR👈
2 sudu kecil madu kelulut + segelas air suam. Campurkan dan minum air madu tersebut

🅾👉SEMBELIT👈
2 sudu kecil madu kelulut + segelas susu di minum setiap 4 jam.

🅾👉SUARA SERAK👈
1 inci halia (tumbuk halus) + 2 sudu kecil madu kelulut lalu ditelan. Lakukan 2 kali sehari hingga sembuh.

🅾👉SELERA MAKAN👈
 Minum 1-3 sudu kecil madu kelulut 3 kali sehari

🅾👉ANAK KENCING MALAM👈
Perah sedikit lemon diatas sesudu kecil madu kelulut.  Minta si kecil hirup bancuhan tersebut secara perlahan-lahan. Lakukan dua kali sehari iaitui pada pagi dan sebelum masuk tidur

🅾👉KESIHATAN ANAK👈
Madu kelulut dan ianya amat sesuai untuk makanan dan minuman anak-anak.

×gastrik..campurkan 2 sudu kecil madu dgn setegah gelas air zam2..minum 1×sehari...amal selama 2 minggu...insyaallah tiada lagi angin

Kebergantungan Sesama Manusia



Syurga lelaki pada  perempuan iaitu ibu.
Syurga perempuan pada lelaki iaitu suami.

Sehebat-hebat suami kena patuh pada ibu.
Sehebat-hebat ibu kena patuh pada suami.

Masa hidup anak perlukan doa ibubapa.                                                    
Masa mati ibubapa perlukan doa anak.

Di dunia nasab itu pada lelaki.
Di akhirat nasab itu pada perempuan.

Sehebat-hebat manusia, bila mati dia tetap perlukan orang lain untuk kebumi jenazahnya.

Setinggi-tinggi ilmu yang manusia ada. Dia tetap perlu belajar daripada seorang guru.

Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara. Pasti yang dirindui adalah keluarga.

Walau sekaya manapun seorang manusia. Dia tetap perlu berurusan dengan orang lain...

Seorang General Manager tidak akan mampu menguruskan perjalanan premis tanpa general worker.

Seorang raja tidak berkuasa tanpa ada rakyat jelata.

Inilah manusia... Lemah. Walau sehebat mana pun kita didunia. Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi. Taraf kita hanya seorang "Hamba".

Lalu kenapa mahu rasakan kita adalah yang terbaik dan terhebat???

Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada taraf ujub, riak, takbur, sombong dan hina.

Ingatlah wahai diriku dan yang sedang membaca. Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat. Iaitu sombong dan merasa dia lebih baik.

Alangkah baiknya jika dunia yang sementara ini kita isi dengan kebahagian. Bahagia lihat orang lain bahagia. Derita bila lihat orang lain derita.
Mahu yang terbaik buat diri sendiri dan orang lain.

INGATLAH...
Dunia untuk dikongsi bersama. Jika tidak, pasti ALAH beri setiap seorang manusia itu sebuah bumi untuknya sendiri.

Sesungguhnya ALLAH tidak pernah salah merencana sesuatu. Pasti ada hikmahnya.

Sama-sama kita renungkan.. Sekadar perkongsian....

MISTERI KEMATIAN



Janganlah cemas ketika anda hendak wafat.

Janganlah terlalu cemas juga ketika jantungmu berhenti.

Janganlah juga panik saat engkau merasakan  sekarat

Jangan perdulikan jasad anda yg akan hancur

Kerana kaum muslimin ada saja yang...

Akan melaksanakan kewajiban mereka

1. Menanggalkan pakaianmu

2. Memandikanmu

3. Mengkafanimu

4. Menggalikan lobang lahatmu

5. Mengeluarkanmu dari rumahmu

6. Mengangkat jenazah kamu ke van jenazah

7. Mengantarkanmu ke tempat tinggal barumu (kuburan)

8. Banyak orang yg akan berdatangan untuk mengangkat jenazahmu, bahkan banyak pula yg meninggalkan pekerjaannya demi untuk menguburmu, boleh jadi banyak dari mereka yg melupakan nasihat yg pernah Engkau sampaikan pada suatu hari yg telah berlalu.
ً
9. Peralatanmu akan segera diselesaikan, berpindah tangan

- kunci-kunci kendaraan dan rumahmu 

- buku

- beg

- handphone mu

- kasut

- pakaian

- apabila keluargamu baik, maka mereka akan menyedekahkannya agar ia bermanfaat untukmu 

Pastikanlah bahwa:

Bumi tidak akan sedih atasmu 

Tidak pula alam semesta

Keadaan juga akan berjalan seperri biasa, tidak terpengaruh dan tidak berubah dengan perpisahanmu 

Perekonomian akan terus berlanjut

Pekerjaan anda, akan datang orang lain untuk mengantikan

Hartamu akan dibagikan secara halal kepada ahli waris 

Sementara anda akan dihisab atas segala sesuatu hingga perkara yg hina dan kecil

Yang pertama akan runtuh darimu ketika wafat adalah namamu..

Oleh kerana itu, setelah meninggal orang akan berkata tentangmu: dimana mayatnya ?

Mereka tidak memanggil lagi dengan menyebutkan namamu 
Namamu tinggalah kenangan belaka.

Ketika akan mensolati, mereka berkata: hadirkan jenazah..

Mereka tidak memanggil dengan menyebutkan namamu

Betapa cepat namamu hilang berlalu....

Ketika akan menguburkan, mereka berkata: dekat kan mayatnya, tanpa menyebutkan namamu..

Tidak akan ada yg membela, baik suku, kedudukan ataupun keturunanmu

Betapa rendahnya dunia ini dan betapa besarnya apa yang akan kita hadapi setelahnya

Catatan dengan tinta emas

Kesedihan atasmu akan terbagi menjadi tiga:

1. Orang yg mengenalmu sepintas akan mengatakan: kasihan dia !!

2. Teman-teman mu akan bersedih beberapa saat atau beberapa hari, kemudian mereka akan kembali kepada canda dan tawanya..

3. Kesedihan mendalam di rumah ! Keluargamu akan bersedih sepekan, satu-dua bulan atau hingga satu tahun

Kemudian mereka akan meletakkannya dalam memori ingatan

Demikianlah

Kisahmu telah terakhir pada kalangan manusia

Engkau tinggal hanya ALBUM KENANGAN

Kisahmu akan dimulai bersama suatu yg nyata

Dialah alam akhirat

Telah sirna darimu

1. Keindahan

2. Harta

3. Kesihatan

4. Anak

5. Anda telah berpisah dari rumah dan istana

6. Istri

Dimulai lah kehidupan Yang sesungguhnya

Pertanyaan sekarang:

Apa yang telah Engkau siapkan untuk kubur dan akhiratmu?????

Ini adalah hakikat Yang perlu untuk direnungkan

Jagalah selalu atas :

1. Ibadah yg wajib

2. Ibadah yg sunnah

3. Sedekah tersembunyi

4. Amal sholeh

5. Shalat malam

Dengan harapan anda menjadi selamat

Jika anda bantu orang lain dengan menyebar peringatan ini

Akan anda dapati hasil dari kebaikannya dalam timbanganmu pada hari kiamat

"Berilah peringatan kerana peringatan akan bermanfaat bagi orang beriman"

Kenapa mayat memilih

"Sedekah"

Jika kembali ke dunia

Sebagaimana firman Allah 

"Ya Allah, jika Engkau akhir kan ajalku sedikit saja, niscaya aku akan bersedekah"

Orang tsb tidak mengatakan:

Niscaya aku akan umrah

Atau akan shalat

Atau akan puasa

Para ulama menjelaskan:

Seorang mayat tidak mengatakan kecuali sedekah, tidak lain kecuali dikeranakan dia telah melihat betapa besarnya impak yang dihasilkan dari sedekah bagi mereka yang telah wafat

Maka dari itu, perbanyaklah sedekah

Kerana nanti pada hari kiamat, seorang mukmin akan berada di bawah naungan sedekahnya

Sedekah terbaik yang boleh anda lakukan sekarang ini 

Menyebarkan risalah ini dengan niat sedekah

Kerana setiap orang yang mengamalkan nasihat ini dan mengajarkannya kepada generasi berikutnya, maka ganjarannya akan sampai kpdmu insyaAllah.

DI MAKKAH HOSPITALNYA SEPI

DI MAKKAH HOSPITALNYA SEPI, BERBEZA DGN DI MALAYSIA. YANG MEMBEZAKAN ADALAH AQIDAH DAN SYARIATNYA.



Inilah Rahsia mengapa hospital di Makkah sangat sepi, jarang sekali pesakit yang datang.

Ada seorang doktor membuka klinik di Tanah Suci (Makkah Al Mukarramah). Selama 6 bulan, tidak ada seorang pesakit pun yang datang untuk berubat. Sehingga beliau merasa hairan, apakah orang-orang di situ tidak pernah sakit?
Akhirnya beliau mendapat jawabannya, dari salah seorang muslim di sana:

Bila kami sakit,
ikhtiar pertama yg kami lakukan ialah
sholat dua rakaat, dan memohon kesihatan kpd Allah. In sha Allah sembuh dengan izin dan kasih sayangNya.

Kalau belum sembuh,
Ikhtiar ke-dua, iaitu 
baca Al Fatihah/surat2 lain, tiupkan pada air dan minum.. Dan alhamdulillaah kami akan sihat. Inilah Ruqyah utk diri sendiri.

Tapi kalau belum sihat juga, kami lakukan ikhtiar yg ke-tiga, iaitu 
bersedekah, dengan niat mendapatkan pahala kebaikan & dijadikan jalan penyembuh sakit kami. In sha Allah akan sembuh.

Kalau belum sembuh juga, kami akan tempuh ikhtiar yg ke-empat, iaitu 
banyak2 istighfar, untuk bertaubat. Sebab, Nabi صل الله عليه وسلم beritahu kami, bahwa sakit adalah salah satu sebab diampuninya dosa2.

Kalau belum sembuh juga, baru kami lakukan ikhtiar yg ke-lima, iaitu 
minum madu dan habbatussauda'.

Ikhtiar yg ke-enam iaitu  
mengambil makanan herba, seperti bawang putih, buah tin, zaitun, kurma, dan lain-lain, seperti disebut dalam Al-Quran.

Dan, Alhamdulillah. Laa hawlaa wa laa quwwataa illaa billaah. Jika belum sembuh, baru kami ikhtiar ke-tujuh iaitu 
pergi ke doktor muslim yg soleh.

In sha Allah akan diberi kesembuhan dari Allah Azza wa Jalla, aamiin ..

Wang Syiling


Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu, tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja.

Beliau tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. 

Kemudian beliau menyambung semula kerjanya. Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan sekelilingnya. Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lgi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dlm koceknya.

Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lg duit syiling berdekatan dengannya. Kali ini pun sama, dia mengambil dan menyimpannya. "Rezeki Aku !" Kata lelaki itu di dlm Hati. 

Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari tingkat lapan bangunan separuh siap yg sedang mereka bina itu. 

Sebenarnya, tujuan ketuanya adalah mahu memanggilnya. Sudah puas ketuanya menjerit drp Tingkat 8, cuba memanggil lelaki itu yg berada di tingkat paling bawah. Namun, jeritan bos beliau tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyi bising mesin pembinaan di kawasan tersebut. Oleh sbb itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dgn harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya yg berada di atas. Mudah-mudahan dapatlah ketuanya menyampaikan pesanan kpd pekerja lelaki itu. Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas. 

Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah berasa sakit, lelaki itu mendongak ke atas untuk melihat dari mana dtgnya batu-batu kecil yg menyerang td. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan. 

Sahabat Sekalian;

Allah sering menjatuhkan rezeki (ibarat syiling), rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyaknha kpd kita.
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingat dan bersyukur dengan kurnianNya.

Tetapi, seringkali kita lalai untuk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa sedikit pun ucapan syukur! 

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu dijatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan juga pengalaman
yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasai kesakitan itu, barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangan untuk bersyukur mengingati Maha Pencipta Kita.

Wallahualam.

PENYAKIT YANG DAPAT DISEMBUHKAN DENGAN BERJALAN KAKI



1.JALAN KAKI mencegah Serangan Jantung
Jalan kaki dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung.
Dengan sering bjalan kaki, kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spons penyerap kolesterol jahat (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki.

2.JALAN KAKI mencegah Stroke
Sebuah penelitian dilakukan pada 70 ribu karyawan yang dalam bekerja tercatat melakukan kegiatan berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko serangan stroke menurun hingga dua pertiga.

3.JALAN KAKI Membakar Lemak
Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.

4.JALAN KAKI Melangsingkan Badan
Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada diperut anda akan terkikis.
Lakukan jalan kaki rutin selama satu jam.

5.JALAN KAKI mencegah Cancer
Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih tertib. Jalan kaki juga bolih menurunkan risiko terkena cancer payudara.

6.JALAN KAKI Mencegah Osteoporosis
Osteoporosis tidak cukup hanya dengan vitamin D dan kalsium. Tubuh badan juga bergerak dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.

7.JALAN KAKI Mencegah Kencing Manis
Dengan rutin jalan kaki, mampu mencegah berkembangnya diabetes, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk. Anda hanya perlu berjalan kaki rutin untuk terus menjaga kesuburan badan dan terhindar dari diabetes.

8.JALAN KAKI mencegah Depresi
Berjalan kaki dengan cepat bolih mengurangkan depresi dan juga manfaat.

Berjalan kaki ke Masjid akan Mendapat Dua kebaikan.
Orang yang melakukan akan mendapatkan dua kebaikan :
1 - ditinggikan darjatnya,
2 - akan dihapuskan dosa-dosa.

Dari Abu Hurairoh, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ تَطَهَّرَ فِى بَيْتِهِ ثُمَّ مَشَى إِلَى بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ لِيَقْضِىَ فَرِيضَةً مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ كَانَتْ خَطْوَتَاهُ إِحْدَاهُمَا تَحُطُّ خَطِيئَةً وَالأُخْرَى تَرْفَعُ دَرَجَةً
Barangsiapa bersuci di rumahnya lalu dia berjalan menuju salah satu dari rumah Allah swt (iaitu masjid) untuk menunaikan kewajipan yang telah Allah swt wajibkan, maka salah satu langkah kakinya akan menghapuskan dosa dan langkah kaki lainnya akan meninggikan darjatnya.
(HR. Muslim no. 1553)

Subhanallah... manfaat berjalan kaki

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...