Info Kesihatan – Tanpa disedari, banyak diantara kita yang memiliki kebiasaan atau tabiat buruk ketika makan. Tabiat buruk ini sememangnya akan memberi kesan pada kesihatan tubuh berkait dengan saluran pencernaan. Oleh itu, tabiat buruk ini perlu dijauhi!
1. Tidak makan/sarapan pagi
Sarapan pagi sangat diperlukan untuk memberikan tenaga pada tubuh dan membantu otak untuk berfikir. Oleh itu, tabiat tidak sarapan pagi sangat tidak baik untuk kesihatan. Pilihan yang terbaik untuk sarapan pagi yang sihat ialah buah-buahan.
2. Makan sebelum tidur
Jika anda makan makanan pedas, makanan berlemak, atau yang mengandung kefein selama 1-3 jam sebelum tidur, kualiti tidur anda akan berkurangan. Makanan berlemak boleh menyebabkan proses pencernaan menjadi lembab dan makanan pedas boleh menyebabkan sakit perut. Oleh itu, beri jangka waktu yang cukup antara makan malam anda dengan waktu tidur anda.
3. Makanan Ringan/Snek
Jika makanan ringan anda ialah lobak merah atau buah-buahan, maka tiada masalah. Tetapi, kebiasaannya kita memilih makanan ringan berupa snek yang hanya akan menyumbang untuk lemak dan kalori dalam badan. Untuk penyelesaian, makan hidangan kecil 5-6 kali sehari. Ini akan membantu pembakaran kalori sepanjang hari, kerana sistem metabolik boleh bekerja dengan betul kerana diet ini.
4. Membiarkan diri kelaparan
Membiarkan diri kelaparan akan mengganggu sistem pencernaan tubuh. Jika ini yang dilakukan untuk menurunkan berat badan, maka yang terjadi adalah sebaliknya. Reaksi pertama tubuh bagi orang yang kelaparan ialah naiknya berat badan dari simpanan lemak tubuh. Ketika tubuh dibiarkan lapar, tubuh menanti makanan daripada kita. Selepas kita makan, tubuh akan menyimpannya sebagai lemak, sebagai jangkaan jika tubuh akan kelaparan lagi. Akibatnya, lemak jadi menimbun. Oleh itu, makanlah dengan jumlah yang kecil tetapi kerap!
5. Makan terlalu cepat
Makan terlalu cepat membuatkan tubuh tidak dapat mencerna makanan dengan sempurna, terutama di bahagian mulut. Sebaiknya, belajarlah untuk mengunyah agak lama (ikut sunnah Rasullullah) sehingga makanan dapat dicerna dengan baik nantinya. Makan terlalu cepat juga boleh menyebabkan seseorang makan berlebihan dan risikonya ialah naiknya berat badan. Makan perlahan dapat membantu otak mengetahui bahawa kita sedang makan dan dengan demikian dapat memberi isyarat ketika kita sudah kenyang.
Adakah diantara lima tabiat di atas pernah anda lakukan? Mulai saat ini, kurangkan atau hentikan sama sekali tabiat ini!
Semoga bermanfaat!!
kredit to: http://www.maitreyavoice.com/5-kebiasaan-buruk-tentang-makan/
Comments