Blog Archive
Powered by Blogger.
Wednesday, July 13, 2011
Masjid Al-Ghufran
9:40 AM | Posted by
ain lam ya |
Edit Post
MASJID Al-Ghufran di Pinggir Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur mungkin asing bagi sesetengah kita tetapi ia antara institusi ibadat yang mempunyai sistem pengurusan terbaik.
Bagi mereka yang melalui Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) pasti melihat masjid itu di atas bukit bersebelahan lebuh raya berkenaan.
Pentadbir Masjid Al-Ghufran Kompleks Balai Islam Pinggir Taman Tun Dr Ismail (PTTDI), Norazmi Ahmad berkata, pada 1993, masjid itu didaftarkan atas nama Surau Balai Islam di bawah pengawasan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

“Masjid ini didirikan di atas sebidang tanah yang diwakafkan seorang jemaah yang bermurah hati menyerahkan sebahagian tanah peribadinya untuk dijadikan sebuah surau.
“Sejak Februari 1995, Surau Balai Islam dinaikkan taraf menjadi Surau Jumaat memandangkan peranannya sebagai tempat solat jemaah di kawasan Pinggir Taman Tun Dr Ismail ini,” katanya.
Beliau berkata, hasil sumbangan golongan korporat, Surau Balai Islam itu diubah suai sesuai dengan Sekolah Rendah Agama Balai Islam TTDI (Serambi), Kamar Musafir, dewan persidangan, bilik mesyuarat dan dewan makan.
“Surau Balai Islam dinaik taraf kepada Masjid pada 4 April 2000 dengan nama Al-Ghufran yang bermaksud keampunan oleh Mufti Wilayah Persekutuan ketika itu, Datuk Mohd Hashim Yahaya,” katanya.
Katanya, masjid itu dilengkapi pelbagai kemudahan seperti bilik penginapan bagi musafir, dewan seminar, bilik mesyuarat, arked menjual pakaian serta sebuah kafe.
“Istimewanya, masjid ini menyediakan bilik penginapan ala hotel kepada pengunjung yang bermusafir ke ibu kota.
“Kini, terdapat sebanyak 24 jenis bilik (kamar musafir). Pengunjung boleh memilih empat jenis bilik penginapan iaitu Suite, Vip Special, Vip, Family, Deluxe A atau Deluxe B dengan kadar serendah RM70 hingga RM220,” katanya.
Beliau berkata, sebagai misi menjadikan Masjid Al-Ghufran pusat ekonomi dan sosial masyarakat setempat, empat komponen penting perlu diberi perhatian.
“Ini termasuk memberi penumpuan kepada aspek pengurusan profesional, pengimarahan, penyediaan prasarana canggih serta mewujudkan persekitaran yang cantik.
“Jaringan komunikasi juga penting. Sebab itu, pihak masjid sentiasa memastikan teknologi terkini dimanfaatkan sebaiknya supaya interaksi dengan masyarakat dapat dipertingkatkan terutama penggunaan e-mel, laman web rasmi, facebook dan SMS berkelompok.
“Keseluruhan ruang masjid ini juga dilengkapi WiFi yang boleh diakses secara percuma,” katanya.
Masjid Al-Ghufran juga aktif dalam program dakwah ke Perkampungan Orang Asli di Bukit Kala, Gombak.
“Program ini sejak 2007 itu berjaya mengislamkan kira-kira 100 keluarga Orang Asli.
“Penduduk Islam Orang Asli di sana memiliki surau sendiri hasil dana Masjid Al-Ghufran dan kami membiayai gaji imam dan bilal di kalangan mereka,” katanya.
Beliau berkata, masjid itu juga menjalankan kerjasama bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang menawarkan pengajian peringkat diploma dalam bidang Eksekutif Pengurusan Masjid.
“Pengajian ini menawarkan latihan intensif, teori dan praktikal yang menyasarkan kepada pihak pengurusan dan pentadbiran masjid.
“Ia menyasarkan golongan seperti nazir masjid, ahli jawatankuasa masjid, imam dan bilal serta individu yang berminat untuk mengikuti pengajian selama sebulan penuh,” katanya.
Maklumat lanjut, hubungi Masjid Al-Ghufran di talian 03-77282127/77267642, e-mel ke admin@alghufran.com.my atau layari laman web www.alghufran.com.my.

Oleh Mohd Fadly Samsudin
fadly@hmetro.com.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
Gangs Blog
-
Gorgeous iPhone 5 Concept.1 day ago
-
Serius LOL - Neko Fail2 days ago
-
-
-
UDIN SEDUNIA1 week ago
-
I Think I Smell A Rat5 weeks ago
-
terbang...sikit je laaa...1 month ago
-
~terkUrung dAlam Handphone~2 months ago
-
homemade Soya m̉ilk4 months ago
-
Free File Sharing - Minus.com4 months ago
-
Nak g mane kakak?4 months ago
-
-
Expecting for no. 35 months ago
-
The phenomenon that was Pop Yeh Yeh5 months ago
-
FeedDemon, Solusi RSS Reader Anda7 months ago
-
Love iPhone 5...7 months ago
-
-
Felda VS Kedah: FA Cup 201111 months ago
-
The Reception – Muhamad & Fathanah11 months ago
-
Anti - Climax...1 year ago
-
Trip Hujung Minggu1 year ago
-
COMING SOOOOOON!!!1 year ago
-
NEW YEAR STARTER PACK2 years ago
-
Popular Posts
-
Al-kisah didalam sebuah hutan belantara ...maka tersebut lah kisah yang sungguh menyayat hati ...di dalam sebuah hutan ni ader 3 ekor monye...
-
baik untuk mereka yang baru putus cinta........ hek hek hek Cinta memang manis & indah bila diakhiri dgn. ikatan yg. sah. Bagaimana pu...
-
view in Muzium Padi The 'tajak' and others The Menara Alor Star View of Masjid Zahir from the tower Kuning padi di sawahan Dingin kabus ...
-
Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud, berfikir satu saat lebih afdal (utama) daripada beribadat selama setahun. Kejadian alam yang dig...
-
MASJID Al-Ghufran di Pinggir Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur mungkin asing bagi sesetengah kita tetapi ia antara institusi ibadat y...
-
KL - Bentong - Raub - Lipis - Merapuh - Gua Musang - Pahi - Kuala Krai - Machang - Ketereh - Kota Bharu Semenjak dah beristeri org kota bh...
-
1 daripada 4 penduduk dunia adalah muslim, dan jumlah muslim terbesar berada di luar Timur Tengah. Laporan yang dikeluarkan CNN menyatakan ...
-
Kebaikan Petai Anda semua pasti mengenal bahawa petai sebagai buah yang membuat bau mulut dan bau kentut sangat tidak sedap. Tapi mungkin ba...
-
Kedah berjaya menjadi juara Piala FA buat kali kedua selepas kali pertama menjuarainya pada 11 tahun dulu iaitu pada tahun 1996..Perlis teru...



0 comments: