Serangan Migrain - Migraine Attack!!!


Mangsa migrain selalunya tidak mampu menjalankan tugas seharian, malah ada yang tidak boleh makan, minum dan hanya menghabiskan masa di bilik tidur. Tidak boleh berjalan-jalan macam biasa. Lebih-lebih lagi kalau kena cuaca yang panas.

Serangan dan symptom migraine..

Macamana nak tahu ada migraine? Okay ini adalah gejala ataupun symptom migraine:

1. Sakit kepala yang berdenyut-denyut, lazimnya hanya berlaku pada sebelah kepala sahaja. Kesakitannya agak teruk, kadang-kadang terasa di belakang biji mata atau di belakang kepala ataupun di bahagian tengkok. Selalunya kesakitan berpanjangan selama 4-48 jam.
2. Rasa mual dan sometimes muntah.
3. Rasa sejuk, letih dan kebas-kebas.
4. Sensitif terhadap cahaya ataupun bunyi bising. Elok tidur dalam bilik gelap kalau diserang migraine. Selalu tutup langsir dan tak akan ada cahaya yang terkena pada diri terutamanya mata. Bunyi bising pun akan mengakibatkan migraine bertambah teruk.
5. Berpeluh-peluh.

Bagi sesetengah pesakit migraine, terdapat “aura” iaitu tanda-tanda amaran bahawa migraine akan mula menyerang. Contohnya, pandangan menjadi kabur, ternampak garisan zigzag ataupun kelihatan bintang-bintang di mata. Kalau dah dapat tanda macam ni, memang dah tak boleh nak buat kerja, lepak, menonton tv, bermain bola lisut mahupun bertani di kebun.

Migraine akan menyerang apabila:

1. Tekanan-tekanan emosi ataupun tekanan fizikal.
2. Makanan – Coklat, makanan yang mengandungi MSG (monosodium glutamate), makanan yang mengandungi tyramine seperti ayam, kekacang.
3. Daging yang mengandungi nitrates seperti sosej dan salami.
4. Bawang besar, mentega kacang, produk susu.
5. Persekitaran – bau-bauan seperti minyak wangi, bunyi bising, missed meals, pertukaran masa tidur, pertukaran hormon seperti haid dan hamil, merokok atau asap rokok.

Ini tips yang berkesan semasa mendapat serangan migraine.

* Meminum banyak air agar badan tidak kering terutama jika terdapat muntah-muntah.
* Berehat di bilik yang senyap, gelap dan sejuk.
* Letakkan kain yang sejuk di kepala.
* Makan ubat seperti yang diarahkan oleh doktor.
* Bersabar dan berdoa agar Allah menghapuskan dosa-dosa kita melalui kesakitan yang kita lalui ini.

Dibawah ialah senarai link berkenaan migraine:
http://infokesihatan4u.blogspot.com/2009/11/migrain.html
http://www.raracandyfloss.com/2010/01/tips-serangan-dan-symptom-migraine.html
http://www.melur.com/art.asp?art_id=1
http://www.kedai-e.net/index.php?option=com_content&task=view&id=316&Itemid=53
http://www.thetole.org/MalayHerbalMedicine/Rawatan_Herba_Migrain_Sakit_Kepala.html
http://www.mahsuri.com.my/blog/rawatan/migrain
http://pulutkuning.wordpress.com/2008/09/21/migrain/

Comments

Pemancing Tegar said…
Ali,ang buat info pasal perut buncit lak...aku nak ilangkan perut buncit ni la..huhu