Sempadan waktu sembahyang



S: Semasa saya sedang sembahyang Zohor terdengar azan menandakan masuknya waktu Asar. Semasa itu, saya masih lagi didalam rakaat pertama. Adakah sembahyang Zohor saya itu terbatal dan perlukah saya mengulanginya lagi?

J: Mengikut mazhab Syafie solat itu dikira sah jika dapat lengkap satu rakaat didalam waktunya. Ini berdasarkan hadith riwayat Abu Hurairah yang bermaksud "Barangsiapa mendapatkan satu rakaat dari solat, berarti ia telah mendapatkan keseluruhan solat itu". Maka jika sebelum sujud, solat itu dikira belum lengkap satu rakaat.

Comments