Tanda jiwa seseorang itu telah mati
Alamat hati seseorang itu telah mati
Atau tanda rohnya telah buta;
Suka ketawa berdekah-dekah atau terbahak-bahak
Gembiranya tidak dapat dikawal, dukacitanya hingga kecewa mungkin putus asa
Gurau sendanya keterlaluan, di luar batasan akhlak
Orang tua perangainya macam kanak-kanak
Dia bermain pun permainan kanak-kanak, macam kanak-kanak
Suka sangat berkelakar keterlaluan hingga hilang malunya
Bercakap lucah, mencarut jadi makan minumnya
Atau bercakap tidak senonoh menjadi budayanya
Suka bercakap tidak disukat, merapu sahaja apa yang dia kata
Orang suka atau tidak suka dia tidak ambil kira
Kalau duduk seorang menung sahaja atau berangan-angan panjang
Jika dia berfikir, yang mengarut sahaja
Untuk memuaskan nafsu jahatnya
Pantang melihat perempuan, matanya keranjang
Bualannya sesama mereka hanya di sekitar dunia
Makan minum, pakaian, rumah, kereta, betina, pangkat, gaji, harta
Tuhan kalau dia sebut pun sebagai budaya, bukan penghayatan jiwa
Atau bukan atas kesedaran iman, hanya mengindahkan bahasa
Kalau menguap tanpa menutup mulutnya
Bersin tanpa doa yang dibaca
Tidur tanpa membaca apa-apa ayat atau doa
Itulah di antara tanda-tanda orang yang hatinya telah lalai atau buta
Comments