Tips Putus Cinta



baik untuk mereka yang baru putus cinta........ hek hek hek  


Cinta memang manis & indah bila diakhiri dgn. ikatan yg. sah. Bagaimana pula dgn. cinta yg. putus di tengah jalan. Tentu perit utk. menghadapinya... apatah lagi bila bekerja di satu pejabat. Mungkin dgn. panduan berikut sedikit sebanyak dapat mengurangkan perasaan gundah gulana, kepedihan & rasa kecewa yg. dialami.  

1. Berdamai dgn. diri sendiri. Manjakan diri anda. Contoh: mandi sauna, urut aromaterapi dsb. Jgn. ragu-ragu bersikap egois, menangislah sepuasnya jika itu yg. diinginkan. Usah pedulikan komen-komen drpd. org. lain.

2. Hindari dari membuat keputusan2 besar kerana keadaan anda masih dlm. kedukaan dan tentunya masih lagi dipengaruhi emosi.

3. Berbicara dgn. org2 yg. anda percayai. Drpd. mereka anda akan mendapatkan kata-kata bijak yg. boleh menghiburkan hati.

4. Keluarlah dgn. kawan2 lama yg. dapat membuat anda tersenyum, bahkan tertawa lebar.

5. Perbaiki penampilan diri dgn. demikian akan akan lebih mempercayai diri.

6. Jgn. melarikan diri dgn. org. lain. Org. yg. baru putus cinta cenderung ingin cepat-cepat punya kekasih baru utk. menepis kesendirian. Kesilapan besar kerana 'pelarian' tersebut bukanlah akan menyembuhkan tapi akan menimbulkan masalah baru.

7. Bermesralah dgn. binatang kesayangan spt. kucing, arnab, kambing dsb. Sedikit sebanyak akan melupakan kepedihan.

8. Menulis surat. Jika anda membenci bekas kekasih... tulislah semua kebencian anda di sehelai kertas, lalu bakar. Hal ini hanya untuk menyalurkan emosi anda. (mcm bangang pun ada)

9. Jgn. ragu memberi 'komplimen' utk. diri sendiri. Misalnya jika anda suka bunga, belilah beberapa kuntum bunga & letakkan di mana anda suka. Ganti beberapa hari kemudian dgn. bunga lain. (slalu untuk pompuan laa ni)

10. Makan tepat pada waktunya. Jgn. menjadi kuat makan (emotional eater) kerana berat badan anda akan naik dgn. cepat tapi jgn. pula hilang selera makan krn. anda akan jd. tidak bermaya. Makanlah dgn. tepat dan sihat.

11. Bersukan. Latihan fizikal selain membuat tubuh sihat dan meningkatkan stamina tapi juga terbukti dapat memperbaiki 'mood'.

12. Lakukan hobi yang anda sukai ie. membaca, menonton tv, berkebun, mengumpul setem dsb.

13. Jgn. 'trauma' oleh cinta. Jatuh cinta tidak datang hanya sekali dlm. hidup. Percayalah pada keajaiban cinta.

Comments

iietamalek said…
cam der pengalaman jerk..heheh
protozoa99 said…
pengalaman org lain..hehe
leeyana said…
huhu cite cam kenal jer gaya penceritaan inih
sEhA OweN said…
inchek ali...
kalo aku xde binatang kesayangan cmne tu??
ade cadangan laen??
hehehehe...
iietamalek said…
yerla tue..pengalaman org len..hahah
Anonymous said…
leeya: gaya penceritaan menggunakan gaya kuak kupu2

seha: kalau xde binatang kesayangan bole pakai kasut kesayangan atau bulu idung kesayangan..

ieta: mmg ye laa tu..hehe