بسم الله الرحمن الرحيم
"In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful"

Betapa agungnya! Allah SWT menurunkan ayat pertama @ perkataan pertama melalui Al-Quran hanyalah dengan perkataan Iqra'. Anehnya, perkataan pertama itu bukan bermaksud, sembahyang, puasa, dsb. Ia bermaksud "bacalah..."

Allah revealed the first sentence @ first word through the Quran is the word Iqra '. Oddly, the first word that does not mean, prayer, fasting, etc.. It means "read ..."

Thursday, December 5, 2013

MALAYSIA: 10 Makanan Paling Menggemukkan


1. Nasi Lemak.
2. Roti Canai.
3. Nasi Goreng.
4. Ais krim.
5. Burger Ramly.
6. Mee kari.
7. Makanan bergoreng.
8. Susu Pekat Manis.
9. Roti Manis dan Donut.
10. Mayonis.

Sumber: Kevin Zahri

Harapan..


Damai hati terang sudah
Perjalanan yang kita
Harung bersama

Pasti engkau kan bertanya
Apakah kita ini dijadi untuk mencari
Erti ikatan yang seakan dijanji

Kita insan yang berharapan
Engkau dan aku kasih dalam gelombang

Deritaku hanya lah semalam
Kau sentuh hatiku dan menggegarkan
Kemarau hiba telah.. kubendung

Rampaian kasihku didanau hati rindu
Berdendang dan menari lagu kita

Harapan - Wings


Tuesday, October 22, 2013

Happy Birthday Amani!!

Amani genap setahun 22 Oktober 2013..Allah selamatkan kamu..





 






Sunday, May 26, 2013

Sunday, May 19, 2013

Malaikatmu



Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahawa
besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup
disana ; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan
menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya
lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup
bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu
akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada
saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"

"Malaikatmu  akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah
yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan
mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"
" Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan
melindungi saya ?"
"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan
mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"
"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan
bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku
akan sentiasa disisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi
dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya
harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu.  Berbakti, berdoa
dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah satu-satunya harta yang tiada
galang gantinya dunia akhirat....

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan
karenah anak- anak yang sedang membesar...sesungguhnya Syurga itu
dibawah telapak kakimu...

RAHSIA SURAL-KAUTSAR



Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.

Wassallam,

Tuesday, February 12, 2013

Wednesday, January 23, 2013

Tanda-Tanda Pengasuh Yang Teruk



Tidak mudah untuk kita mengetahui sama ada penjaga anak kita melakukan kerjanya dengan baik/betul. Untuk mengetahuinya dengan betul anda mungkin perlu menyiasatnya sendiri. Sesetengah daripada kita yang mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena mungkin perlu menyediakan peralatan pengawasan/intipan.



Anda mungkin menghadapi masalah jika;

  • Bayi anda tidak gembira bila melihat penjaga dan menjadi cemas.
  • Pengasuh anda seolah-olah berahsia tentang bagaimana mereka menghabiskan hari.
  • Bayi anda kerap ditimpa kemalangan kecil.
  • Permintaan/Pesanan anda jarang/tidak diikuti pengasuh.
  • Pengasuh bayi sering lewat. 
  • Bayi anda sering kelihatan kusut dan kotor.
  • Apa yang diceritakan oleh pengasuh terdapat kesangsian disitu.

Alhamdulillah..pengasuh kami terbaik!!!

Sunday, January 20, 2013

Friends Pics From Whatsapp (20 Pics)

Gambar yang dikongsikan di whatsapp oleh rakan2 sepanjang 2012..





















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...