بسم الله الرحمن الرحيم
"In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful"

Betapa agungnya! Allah SWT menurunkan ayat pertama @ perkataan pertama melalui Al-Quran hanyalah dengan perkataan Iqra'. Anehnya, perkataan pertama itu bukan bermaksud, sembahyang, puasa, dsb. Ia bermaksud "bacalah..."

Allah revealed the first sentence @ first word through the Quran is the word Iqra '. Oddly, the first word that does not mean, prayer, fasting, etc.. It means "read ..."

Thursday, December 8, 2011

Sakit



Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerjav) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. Batuk
a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG..c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG
i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku
di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucata. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL :
Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM :
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR :
Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR :Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).ii) Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang. b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar. c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku. d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar. e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama. f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin. g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin. h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak. B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir. C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah. D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain. E. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain. F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
a. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.b. MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong danii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING
a) KERAP KENCING ; Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yangb) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka..

19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar.. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbanganc) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT :
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Tuesday, December 6, 2011

Bahaya Fitnah




Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web dan emel membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah. Penyebaran fitnah melalui SMS yang berleluasa memaksa kerajaan menetapkan peraturan semua pemilik kad prabayar didaftarkan.

Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.





Wednesday, November 23, 2011

Perihal Hutang


Antara hal yang perlu diketahui oleh setiap Muslim ialah agama Islam menyuruh umatnya supaya berlaku sederhana dalam semua tindak - tanduk kehidupan seharian mereka.

Dengan kesederhanaan ini kita akan sentiasa merasa cukup dan berpada dengan yang ada. Suasana ini akan dapat menghindarkan diri kita daripada berhutang. Rasulullah s.a.w tidak suka umatnya membiasakan berhutang. Dalam pandangan Islam hutang adalah merupakan kesusahan di malam hari dan suatu penghinaan di siang hari. Justeru itu Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam selalu berdoa kepada Allah s.w.t supaya terhindar dari berhutang.

Doa baginda yang bermaksud : ”Ya Tuhanku, aku berlindung diri kepadamu dari bebanan hutang dan dari dikuasai orang lain”.

Agama Islam menitikberatkan masalah hutang dan nilai melunaskan pembayarannya. Walaubagaimanapun, Islam masih memberikan ruang dan kelonggaran untuk berhutang khususnya dalam keadaan darurat dan sangat-sangat memerlukannya, iaitu dalam masalah kebaikan tetapi perlu diingat bahawa walaupun Islam memberi kelonggaran itu, setiap hutang itu wajiblah dijelaskan dan dibayar.

Kewajipan membayar hutang itu tidak akan terlepas sekalipun dengan melaksanakan ibadat-ibadat yang besar pahalanya. Oleh sebab itu Islam mengenakan syarat-syarat tertentu terhadap hutang - piutang sehingga orang yang berhutang tidak boleh lari daripada membayarnya.

Hutang perlu dijelaskan dengan segera. Janganlah dilalaikan pembayarannya dan menyebabkan tertangguh begitu lama sekali dan langsung tidak dijelaskan sehingga menyusahkan orang yang memberi hutang.

Akibat menanggung hutang itu, selain daripada dipertanggungjawabkan membayarnya, bahkan ada bahaya yang lebih besar yang akan menimpa kepada diri si penghutang jika tidak melunaskannya.

Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam At-Tarmizi dan Imam Ahmad dan Imam Ibni Hibban yang bermaksud :
”Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dijelaskan”.

Dan dalam hadith yang lain daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah yang maksudnya : “Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambil ganti daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham”.

Berdasarkan hakikat ini, Islam menasihatkan setiap Muslim agar menghindarkan diri daripada berhutang kecuali kerana sangat memerlukan. Kalau pun terpaksa berhutang, maka dia hendaklah berniat dan berazam untuk membayar hutang berkenaan.

Rasulullah s.a.w ada menjelaskan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksudnya : “Sesiapa mengambil harta orang lain (berhutang) dan berniat akan membayarnya, maka Allah akan luluskan niatnya itu. Tetapi sesiapa mengambil dengan niat akan membinasakannya dengan tidak membayarnya maka Allah akan membinasakan dia”.

Oleh itu hindarkanlah diri kita tergolong dari orang-orang yang berhutang dan melengah-lengahkan     pembayaran hutang. Semoga dengan adanya kesedaran dan kejujuran kita dalam hal ini akan mendapat keredhaan Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Mukminun, ayat 8 :-

Tafsirnya : “ Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah yang dipikul dan janjinya” .


Thursday, November 10, 2011

Ilmu

Carilah ilmu yang bermanafaat dan beramallah dengan ia serta sebarkan dan ajarlah sesiapa saja agar ia tidak terkubur kesepian di tepi kali.
posted from Bloggeroid

Wednesday, October 19, 2011

Asif terbang

hehe..

Mudahnya hidup dengan selawat





Assalamualaikum warahmatullah,

Dari anak kecil hingga yang dewasa, sebagai seorang muslim kita pasti tahu bagaimana untuk berselawat. Jika dahulu sewaktu kecil apabila sakit atau berada dalam ketakutan, orang tua biasanya akan menyuruh kita berselawat sebanyak mungkin.

Kita sebenarnya sudah lama didedahkan dengan selawat dan telah banyak kali juga diberitahu akan kelebihan selawat, namun tidak ramai yang memahaminya kerana tiada rasa dalam berselawat. Ada kemungkinan, ketiadaan rasa ini terbit dari tiada rasa cinta yang mendalam terhadap baginda Rasulullah SAW.

Dahulu semasa kecil, mak dan ayah selalu berpesan, “Kamu kalau berdoa jangan sekali-kali lupa berselawat. Nanti doa tak sampai.”Begitu juga mak selalu pesan, “Minum air ini, jangan lupa selawat 3 kali.”

Zaman dahulu, kebiasaannya, anak-anak hanya mendengar dan jarang benar bertanya itu ini. Ini mungkin kerana rasa takut atau hormat kepada mak dan ayah yang akan membuatkan anak-anak patuh setiap tutur kata tanpa banyak persoalan. Jauh bezanya dengan anak-anak zaman PS2 yang serba maju hari ini, mereka lebih kritikal dalam berfikir. Mereka lebih sukakan penjelasan logik yang dapat diterima oleh akal mereka.

Kita sebagai ibu bapa harus mempunyai ilmu dalam menyampaikan hal-hal kebaikan. Ini tidak bermaksud kita tidak boleh menyampaikan sesuatu yang berkaitan dengan agama. Maksudnya, kita perlu mempunyai teknik penyampaian yang betul, sesuai dengan keadaan hari ini. Tentu kita juga tidak mahu dikatakan mengajar anak-anak tetapi kita sendiri tidak memahami apa yang kita ajarkan.

Selawat boleh jadi salah satu perkara yang kian dipinggirkan dalam kehidupan hari ini. Mungkin tidak bagi golongan yang berpendidikan agama, namun, tidak mustahil jika mereka juga mula meminggirkannya kerana banyak ilmu teori dari praktikal.

Apakah amalan kita sehari-hari, selain daripada amalan wajib? Tidak ramai yang dapat meluangkan masa untuk mengerjakan solat sunat pada waktu siang hari akibat kekangan masa, kecuali bertahajud pada malam hari. Sebenarnya, keperluan banyaknya amalan tidak begitu penting tetapi yang paling penting adalah sesuatu yang dibuat atau amal itu biarlah berterusan walaupun sedikit. Berselawat juga merupakan amalan yang tidak rugi kita amalkan bila-bila masa, di mana saja... (NB: ….kecuali dalam toiletlah, ya...)

Selawat begitu penting dalam kehidupan kita. Mengapa dikatakan penting? Firman Allah SWT lagi yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah SWT dan para Malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Maka, wahai mereka yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya dengan sebaik selawat dan salam.” (Surah al-Ahzab 33:56)

Umat Muhammad SAW sepatutnya tidak memandang remeh akan kepentingan ber kerana Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang telah memperlihatkan betapa kasih dan sayang-Nya kepada Rasulullah SAW dengan berselawat kepadanya sebagai pujian-Nya dan memuliakan serta mengutamakan Rasulullah SAW di hadapan para malaikat-Nya. Para malaikat juga turut melahirkan keutamaan ke atas Rasulullah SAW dengan mendoakan, mengucap selawat dan memohon keampunan baginya.

Kaum Muslimin sebagai umat Nabi SAW berkewajipan melahirkan rasa kasih, pujian, sanjungan dan penghormatan yang tinggi kepada baginda, kerana kedudukan dan kemuliannya melebihi para Nabi dan Rasul dengan memperbanyakkan ucapan selawat dan salam sebagai memperkuatkan iman serta berpegang teguh kepada sunnah dan mengamalkan segala ajarannya sebagai pedoman hidup.

Dengan membaca selawat kepada Rasulullah SAW, setiap doa dan amalan-amalan yang lain akan diterima oleh Allah. Justeru itu selawat memainkan peranan penting dalam segala amalan hidup kerana ianya dapat mempengaruhi keberkatan dalam hidup manusia yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya. Lihatlah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ad-Dailami yang bermaksud, “Setiap doa adalah terhalang, sehingga berselawat ke atas Nabi SAW.” (Hadis riwayat ad-Dailami)

Kita tentu tidak mahu penat-penat berdoa berjela-jela, tetapi tunggu-punya-tunggu, tidak juga dimakbulkan Allah SWT. Kenalah semak balik adab berdoa, sama ada cara kita betul ataupun salah.

Seterusnya, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Tidak duduk satu kaum dalam satu majlis, dan mereka tidak berzikir kepada Allah dan berselawat ke atas Nabi mereka (Nabi Muhammad SAW) melainkan penyesalan akan menimpa mereka.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi dan Ahmad)

Demi cinta pada Rasulullah SAW

Hari ini sudah ramai pemandu menggunakan GPS dalam pemanduan supaya cepat sampai ke destinasi yang dituju tanpa perlu menempuhi jalan sesat. Jika dahulu kita memandu tanpa GPS, kita mungkin tersesat jalan, menemui jalan mati dan menghabiskan banyak masa di atas jalanraya serta terpaksa berhenti beberapa kali untuk bertanyakan arah. Kini dengan adanya GPS, pemanduan kita menjadi lebih mudah, lebih efisien, lebih cepat dan produktiviti meningkat apabila cepat sampai ke destinasi yang dituju. Ini bukanlah satu promosi GPS, tetapi satu analog keperluan selawat.

Hebatnya berselawat boleh ditamsilkan sebagai GPS hidup tetapi ianya juga sebagai penghapus dosa yang amat mudah seperti yang diriwayatkan oleh ad-Dailami, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Barang siapa berselawat kepadaku pada hari Jumaat dua ratus selawat, maka diampuni baginya dosa dua ratus tahun.” (Hadis riwayat ad-Dailami)

Inilah lagi satu rahsia kenapa selawat itu penting dalam kehidupan kita. Berdasarkan hadis di atas, seandainya kita ingin mencintai baginda Rasulullah SAW, kita perlu mengikut apa yang dikatakannya dan apabila kita melihat pula bukti kebaikan dari perbuatan yang Baginda sarankan, maka kasih sayang kita kepadanya akan lebih bertambah dari hari ke hari hingga terasa satu perasaan yang dalam ketika menyebut namanya.

Mulai hari ini, cubalah kita meletakkan satu peringatan untuk berselawat di telefon bimbit setiap satu jam, terutamanya sewaktu bangun tidur dan sebelum tidur. Jangan ditanya berapa kali kita perlu berselawat, sebaik-baiknya janganlah diperhitungkan berapa banyak kita harus berselawat sebaliknya hitunglah berapa ikhlas kita berselawat.

Jika nombor menjadi objektif, hilang rasa ‘nikmat’ dan timbullah tension sengsara kerana terkejar-kejar hendak mencukupkan angka. Biar sekali asalkan ada rasa ikhlas, biar sekali asalkan datangnya dari jiwa kerana ini akan membuatkan kita lebih dekat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW sebagaimana sabda baginda yang bermaksud, “Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali.” (Hadis riwayat Muslim dari Abu Hurairah) dan dalam hadis yang lain pula disebut, “Barangsiapa berselawat untukku di pagi hari sepuluh kali dan di petang hari sepuluh kali, mendapatlah ia syafa’atku pada hari kiamat.” (Hadis riwayat at-Tabrani)

Setiap hari tanpa sedar, kita akan mengalami tekanan, sama ada kecil mahupun besar dan kita perlukan penurunan gelombang otak yang stres dengan kadar segera. Bagaimana caranya? Selepas membaca entry ini, mulai hari ini, marilah kita mengamalkan selawat dan mari juga kita mulakan berselawat setiap kali kita hendak minum. Minumlah apa saja yang berkenan di tekak, asalkan tidak melanggar syarak, baik air limau, air bandung, air tebu, air soya, air cincau, teh tarik, nescafe tarik atau apa saja, tidak semestinya seperti fahaman selalu yang memerlukan air kosong.

Berselawatlah kerana baginda Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa dan penghapus dosa) bagimu.” (Hadis riwayat Ibn Murdaweh) dan sabda baginda lagi yang bermaksud, “Manusia yang paling utama terhadap diriku pada hari qiamat, ialah manusia yang paling banyak bershalawat untukku.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Renung-renungkan dan mari beramal!!

Rujukan asal kompilasi : Mudahnya hidup dengan selawat ~ Dr Azhar Sarip, MW#1384 dan blog.its.ac.id

Tuesday, October 18, 2011

Ibu, Kami Mencintaimu




By: M. Agus Syafii

Ada seorang pemuda menemui Rasulullah dan berkata, 'Wahai Rasul, ayah saya kini telah tiada, sedangkan ibu saya sudah tua. Kalau makan, saya haluskan dulu makanannya kemudian saya letakkan makanan itu ke dalam mulutnya, tak ubahnya anak kecil. Saya letakkan beliau dalam ayunan kain seperti bayi dan setelah itu saya mengayunnya sampai tertidur.'

 Mendengar penuturan Rasulullah meneteskan air mata seraya mengatakan, 'Wahai anak muda, engkau telah mendapatkan keberhasilan yang sangat layak karena engkau memohon kepada Allah dengan hati yang bersih dan niat yang tulus dan Allah telah mengabulkan doamu.' Anak muda itu bertanya, 'Wahai Nabi, apakah saya sudah dapat menggantikan jerih payah ibu saya?' Rasulullah Shalallahu Alaihi Wa Salam Bersabda, 'engkau takkan pernah bisa menggantikan semua jerih payahnya bahkan satu rintihan di antara rintihan-rintihannya pada saat melahirkan.  Didunia ini tidak ada yang bisa bekerja keras yang melebihi dari yang dilakukan oleh seorang ibu.'

Teman yang berbahagia, Itulah sebabnya menghormati ibu adalah sebuah keharusan. Rintihan ibu ketika melahirkan diri kita, rintihan ibu di kala malam tiba dan bermunajat untuk anaknya akan selalu didengarkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Kesuksesan seorang anak berarti munajat yang dipanjatkan ibu. Mari kita muliakan Ibu yang setiap rintihannya tak akan pernah kita sanggup untuk menggantikannya.

Ibu, kami mencintaimu..

Wassalam,
M. Agus Syafii

Wednesday, October 5, 2011

Khasiat Kunyit




kunyit ~ curcuma longa

Kunyit merupakan salah satu herba yang amat berguna. Dikenali juga dengan nama botaninya curcuma longa.

Kunyit merupakan tanaman tahunan herba rizom daripada keluarga halia, zingiberaceae. Herba ini berasal dari Asia Selatan yang beriklim tropika dan memerlukan suhu antara 20 ° C dan 30 ° C, dengan cukup taburan hujan untuk tumbesarannya. Tumbuhan ini telah digunakan oleh masyarakat dunia sejak lebih 4000 tahun yang lalu.

Pada mulanya, kunyit hanya digunakan sebagai bahan pewarna, namun selepas itu, ia mula mendapat tempat apabila khasiatnya untuk kesihatan manusia mula dikesan. Terkenal dengan kandungan antiradang yang terdapat di dalamnya, penyelidikan saintifik juga telah mendedahkan bahawa kunyit mampu merawat pelbagai masalah kesihatan daripada kanser sehinggalah penyakit alzheimer.
Pada abad pertengahan di Eropah, kunyit dikenali sebagai saffron India, kerana ia digunakan secara meluas sebagai alternatif untuk herba saffron jauh harganya lebih mahal. Erode, sebuah bandar di negara bahagian India selatan Tamil Nadu, merupakan pengeluar terbesar kunyit di dunia dan juga merupakan pusat perdagangan kunyit di Asia. Erode juga dikenali sebagai “Kota Kuning” atau “Kota Kunyit”. Sangli, sebuah bandar di bahagian selatan negara bahagian barat Maharashtra India, merupakan bandar yang kedua terbesar dan pusat perdagangan yang paling penting untuk kunyit di Asia.


pokok kunyit

Kunyit tumbuh liar di hutan-hutan di Asia Tenggara. Ia telah menjadi bahan masakan utama dalam kebanyakan masakan India, Parsi, Thailand dan juga hidangan Melayu, tidak hanya digunakan dalam masakan kari, tetapi juga dalam masak lemak, rendang dan banyak lagi. Di Indonesia, daun kunyit digunakan untuk masakan Minang atau Padang. Juga digunakan dalam masakan Sumatera yang lain seperti rendang, sate padang dan lain-lain lagi.

Kunyit banyak digunakan sebagai perencah di Asia Selatan dan Timur Tengah memasak. Banyak hidangan Parsi menggunakan kunyit untuk mewarnakan dasar nasi, serta sebagai bahan penting untuk hampir semua hidangan goreng Iran (yang biasanya terdiri daripada minyak, bawang dan kunyit diikuti oleh bahan lain yang akan dibekalkan). Di Nepal, kunyit ditanam secara meluas dan banyak digunakan dalam hidangan sayur-sayuran dan daging di negara. Di Afrika Selatan, kunyit digunakan secara tradisional untuk memberikan nasi putih direbus warna emas.

Walaupun kebanyakan penggunaan kunyit adalah dalam bentuk serbuk akar, daun kunyit juga digunakan untuk membungkus dan memasak makanan. Daun yang digunakan adalah yang baru dipetik kerana ia akan mengeluarkan bau dan rasa yang harum dan menyelerakan. Selain itu, kunyit juga digunakan dalam bentuk segar seperti halia.

Pokok kunyit mudah tumbuh dan sentiasa dijadikan pilihan sebagai bahan penyedap makanan. Pokok kunyit mudah ditemui di kawasan Asia Tenggara seperti Malaysia, China, Indonesia dan Filipina. Ia tumbuh di tempat terbuka dan redup. Ia boleh mencapai ketinggian antara 50 hingga 70 sentimeter.

Batang kunyit tumbuh dalam bentuk pelepah-pelepah dari bawah ke atas sebagai daun. Ia tumbuh bercabang dalam satu anak pokok. Kebiasaannya ia boleh ditemui dalam satu tunas yang terdapat 5 hingga 10 helai daun. Batangnya lembut dan mudah dipetik. Batangnya yang seakan akar dipanggil rizom, ditumbuhi akar serta tunas, dan mudah dikenali dengan warna kuning atau jingga. Batang berakar inilah yang mempunyai khasiat yang banyak.
 
bunga kunyit

Bunga kunyit pula berwarna putih atau kuning. Ia tumbuh majmuk seperti bersisik di sekeliling dalam satu induk. Bunganya tumbuh di tengah-tengah daun. Bunga kunyit enak dijadikan ulam yang dimakan mentah. Ia dikatakan mempunyai khasiat yang tinggi terutama bagi ibu-ibu dalam pantang (selepas bsersalin). Daun kunyit berbentuk lebar, tunggal, bertangkai panjang dan runcing di hujung. Tepi daunnya rata dan warna hijau cair.

Rizom dan akar berubinya digunakan untuk tujuan ubatan dan penyediaan makanan. Selalunya bahagian ini akan direbus dan kemudiannya dikeringkan. Kemudiannya ia dihancurkan menjadi serbuk. Pigmen kuning yang terdapat pada kunyit terhasil daripada kandungan utamanya, curcumin, yang juga merupakan ramuan ubatan paling aktif. Ramuan inilah yang telah menjadikan kunyit suatu herba ubatan paling utama sejak dahulu lagi.

Kunyit dan ramuan aktifnya, curcumin, telah terbukti memiliki sejulat luas tindakan penyembuh dalam kajian melibatkan haiwan mahupun kajian terhadap manusia tanpa mengakibatkan sebarang ketoksidan (keracunan). Kajian-kajian ini telah menunjukkan bahawa kunyit mempunyai sifat-sifat seperti antipengoksidaan, antiradang, antiplatelet, mengurangkan kolesterol, anti ketumbuhan, penyembuh luka, malah mungkin juga kesan anti-HIV.

Agen antibakteria

Dalam amalan Ayurvedic, kunyit memiliki khasiat ubatan yang banyak. Di Asia Selatan, kunyit digunakan sebagai antiseptik sedia untuk luka, luka terbakar dan luka lebam. Ia juga digunakan sebagai agen antibakteria.

Di beberapa negara Asia, kunyit diambil sebagai suplemen makanan, yang dipercayai membantu dengan masalah perut dan penyakit lain. Ia sangat popular sebagai teh di Okinawa, Jepun. Di Pakistan juga menggunakannya sebagai agen anti-inflamasi, dan ubat untuk ketidakselesaan pencernaan berkaitan dengan sindrom kerengsaan usus dan gangguan pencernaan lainnya. Di Afghanistan dan barat laut Pakistan, kunyit diletakkan di atas sepotong kain yang dibakar, dan diletakkan di atas luka untuk membersihkan dan merangsang pemulihan. Di India, selain perubatan Ayurveda, penggunaan kunyit dipelbagaikan dalam bahan kosmetik seperti krim kulit dan dieksport ke negara jiran.

Kurangkan darah beku

Kunyit atau lebih dikenali dengan nama turmeric (Inggeris) ini dikatakan mempunyai khasiat ubatan tersendiri. Kunyit dikatakan mampu digunakan untuk merawat arthritis (sakit sendi) dan asma (lelah), masalah kurang pencernaan, jaundis (sakit kuning), masalah hati dan pepundi hempedu.

Kajian telah menunjukkan bahawa curcumin mempunyai sifat-sifat melindungi hati daripada sebilangan sebatian toksik. Kunyit juga menghasilkan kesan menggalakkan pengaliran hempedu. Selain itu, kunyit turut mengandungi beberapa sebatian asli yang bertindak sebagai bahan antiasid asli yang melindungi salutan perut daripada asid berlebihan dan pembentukan ulser. Kunyit juga dikatakan telah terbukti berupaya mengurangkan platelet (suatu bahan kandungan darah yang terlibat dalam pembekuan darah) daripada bergugus-gugus, lalu memperbaiki peredaran darah dan membantu melindungi daripada arteriosklerosis.

Kecutkan rahim selepas bersalin

Dalam perubatan Cina, akar atau ubi kunyit digunakan untuk merangsang pengaliran san menguraikan pembekuan darah dan lebam. Kunyit juga digunakan dalam rawatan mengurangkan kemurungan. Perubatan Thai menggunakan kunyit untuk membuang bisa ular tedung. Bagi masyarakat Melayu, kunyit diumumkan sebagai bahan ramuan jamu terutamanya kepada ibu-ibu selepas bersalin. Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Dalam ilmu perubatan Hindu, kunyit disyorkan sebagai pes untuk mengubati penyakit kulit dan gatal-gatal.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat ubatan kunyit, namun begitu, penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

Rujukan : Turmeric, MisteriAlam # 1402 dan curcumalonga

Tuesday, October 4, 2011

Penjara Fikiran



Seekor belalang lama terkurung dalam satu kotak. Suatu hari ia berhasil keluar dari kotak yang mengurungnya, dengan gembira dia melompat-lompat menikmati kebebasannya.

Di perjalanan dia bertemu dengan belalang lain, namun dia hairan mengapa belalang itu boleh lompat lebih tinggi dan lebih jauh darinya.
Dengan penasaran dia bertanya,
“Mengapa kau boleh melompat lebih tinggi dan lebih jauh dariku,padahal kita tidak jauh berbeda dari usia maupun ukuran tubuh?” Belalang itu menjawabnya dengan pertanyaan,
“Dimanakah kau tinggal selama ini? Semua belalang yang hidup di alam bebas pasti dapat melakukan seperti yang aku lakukan.”
Saat itu si belalang baru tersadar bahwa selama ini kotak itulah yang telah membuat lompatannya tidak sejauh dan setinggi belalang lain yang hidup di alam bebas.
Sering kita sebagai manusia, tanpa sadar, pernah juga mengalami hal yang sama dengan belalang tersebut. Lingkungan yang buruk, hinaan, trauma masa lalu, kegagalan beruntun, perkataan teman,tradisi, dan semua itu membuat kita terpenjara dalam kotak semu yang mementahkan potensi kita.

 Sering kita mempercayai mentah-mentah apa yang mereka voniskan kepada kita tanpa berpikir dalam bahwa apakah hal itu benar adanya atau benarkah kita selemah itu? Lebih parah lagi, kita acap kali lebih memilih mempercayai mereka daripada mempercayai diri sendiri.
Tahukah Anda bahwa gajah yang sangat kuat boleh diikat hanya dengan tali yang terikat pada pancang kecil? Gajah sudah akan merasa dirinya tidak boleh bebas jika ada “sesuatu” yang mengikat kaki nya, padahal “sesuatu” itu boleh jadi hanya seutas tali kecil…



Sebagai manusia kita mampu untuk berjuang, tidak menyerah begitu saja kepada apa yang kita alami. Karena itu, teruslah berusaha mencapai segala aspirasi positif yang ingin kita capai. Sakit memang, lelah memang,tapi jika kita sudah sampai di puncak, semua pengorbanan itu pasti akan terbayar. Pada dasarnya, kehidupan kita akan lebih baik kalau kita hidup dengan cara hidup pilihan kita sendiri, bukan dengan cara yang di pilihkan orang lain untuk kita.

source : http://www.emotivasi.com/2008/09/06/penjara-pikiran/

Monday, October 3, 2011

Usah negatif terhadap ibu mertua



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kita sering membaca kisah hubungan tidak 'ngam' antara menantu perempuan dan ibu mertua dan amat jarang sekali hubungan menantu lelaki dan ibu mertua diketengahkan. Kali ini kita 
akan membicarakan tentang hubungan yang jarang-jarang dibincangkan.

Dalam kehidupan berumahtangga menjaga hubungan dengan mertua menjadi antara tanggungjawab besar kepada seseorang yang sudah bergelar suami atau isteri. Islam sendiri turut menyarankan kita agar menghormati dan menyayangi mertua seperti ibu bapa kandung. Bagi sesetengah orang, mertua sering kali dianggap menjadi penyebab timbulnya konflik dalam rumahtangga. Bagaimanapun, tidak semua berfikiran sedemikian kerana ada mertua menjadi sahabat paling akrab dan benar-benar membantu dalam rumahtangga.

Apabila bakal menantu tidak mampu menjalin hubungan yang akrab sebelum berkahwin dengan bakal mertua, keadaan ini menyebabkan hubungan dingin antara mereka berterusan. Hakikat yang perlu diterima seseorang sebaik sahaja selesai diijabkabul, tanggungjawab dan peranan semakin bertambah dan bukannya berkurangan. Jika dahulu hanya sebagai kekasih, tetapi kini sebagai suami atau isteri yang sah. Pasangan sebenarnya bukan hanya berkahwin dengan lelaki atau wanita yang dicintai, bahkan juga seluruh anggota keluarganya.

Sebagai menantu lelaki dalam keluarga perempuan, anda barangkali sukar berkomunikasi sebaiknya dengan keluarga mertua. Menyesuaikan diri dengan mertua bukan fenomena baru dalam masyarakat kita. Sebagai menantu lelaki, anda mungkin malu atau tidak tahu cara untuk memulakan sesuatu komunikasi. Isteri boleh membantu melalui pelbagai perkara.

Tips berikut juga mungkin boleh digunakan untuk menjadikan hubungan dengan keluarga isteri lebih rapat:

1. Kunjungi ibu mertua

Sering mengunjungi ibu mertua (jika tidak tinggal serumah) atau sering memerhatikan ibu mertua (jika tinggal serumah). Ini boleh dilakukan bersama isteri atau tidak dan sekali gus mampu mengeratkan hubungan sekeluarga...

2. Mengalah bukan erti kalah

Mengalah dalam sesuatu perkara kerana ibu mertua umumnya sudah berusia lanjut. Mereka lebih sering menggunakan emosi daripada logik. Ibu mertua akan gembira jika anda kelihatan ada kemahuan untuk “menaunginya” dan kelihatan anda mahu “berkongsi kasih” dengannya selain anak perempuannya.

3. Eratkan silaturrahim

Kembangkan hubungan dengan mertua perempuan. Ini boleh dilakukan misalnya dengan mengajaknya berbincang mengenai hal yang diminatinya, sering mengunjunginya, mengajaknya berjalan dan belajar untuk melayannya seperti ibu kandung sendiri. Hal ini dapat membuatkan ibu mertua berasa anda memang memerhatikannya sebagai individu yang dihargai dan diperlukan.

4. Melakukan aktiviti bersama

Babitkan mertua perempuan dalam setiap aktiviti yang dilakukan jika perlu. Misalnya, minta tolong menemani anda dan anak berjumpa doktor atau pergi berbelanja bersama.

5. Lebihkan perhatian

Fokuskan perhatian anda terhadap hal yang baik dalam dirinya dan cuba untuk menghindari pemikiran negatif mengenai dirinya. Misalnya, anda tahu dia adalah tukang masak yang hebat. Dari sudut positif, anda dapat belajar masak walaupun anda menantu lelaki. Mungkin anda dapat menyediakan makanan lazat ketika isteri berpantang selepas bersalin. Secara tidak langsung, anda meringankan beban ibu mertua yang terpaksa menjaga isteri yang sedang berpantang.

6. Elakkan kritikan

Jangan mengkritik ibu mertua di depan isteri. Walau bagaimana sekalipun perangai ibu mertua, dia tetap ibu kandung isteri anda. Ingatlah pertalian darah tidak akan hilang sampai bila-bila. Kata-kata negatif mengenai ibu kandungnya hanya akan membuat isteri semakin menjauh daripada anda.

7. Iktiraf kewujudannya

Sedarilah walaupun ibu mertua bukan sahabat tetapi cubalah selami bahawa kehadiran anda dalam kehidupan isteri sudah ‘memisahkan’ dia dengan anak yang dicintainya.

8. Banyakkan bersabar dan berdoa

Jangan anggap ibu mertua tidak suka kepada anda. Kaji diri sendiri kerana mungkin selama ini ada sikap anda memang membuatkan ibu mertua tidak berkenan walaupun bukan bererti anda harus mengubah keperibadian diri. Jika anda bersabar, selalu memberi perhatian dan bersikap positif terhadap ibu mertua, lama-kelamaan ibu mertua juga lembut hatinya. Jika perilaku negatif dibalas negatif, hasilnya sering tidak menggembirakan. Kebanyakan lelaki mungkin tidak pandai menyesuaikan diri dengan ibu mertua lalu mereka menghindarkan diri daripada ibu mertua yang dianggap merumitkan suasana.

9. Ambil hati

Istilah “mengambil hati mertua” itu ternyata ada benarnya. Fikirkan suatu hari nanti, isteri anda akan menjadi seorang ibu mertua apabila anda menerima menantu lelaki. Hidup semakin mudah jika sejak awal, anda sudah menetapkan batasan tegas antara isteri dan ibu kandungnya. Misalnya, tidak membiasakan ibu kandungnya untuk mengurus segala keperluannya atau meminta ibu kandungnya untuk mengatur kewangan anda berdua. Jika kelakuan ibu mertua sudah melebihi batasan misalnya sudah mencampuri urusan rumahtangga, sudah sampai masa untuk meminta isteri anda menegur ibu kandungnya.

Teguran haruslah dengan kata-kata bersesuaian. Kalau anaknya sendiri yang menegur, tentu si ibu mertua akan cepat memaafkan dan melupakannya. Jika anda yang menyatakannya pada ibu mertua, mungkin hubungan anda dengan dia akan menjadi suram dan kata-kata anda itu mungkin tidak dapat dilupakan.

10. Jangan lokek atau berkira

Rajin-rajinlah mengambil hatinya, mungkin dengan membelikan hadiah atau buah tangan setiap kali anda bertugas di luar daerah. Misalnya, belikan sepasang kain seperti mana anda belikan untuk isteri. Lihatlah reaksi di wajahnya.

Semoga tips-tips di atas dapat membantu anda mengeratkan lagi hubungan dengan ibu mertua anda.
Tips dipetik dari sumber: HMetro 2009/01/15

Sunday, August 7, 2011

My 1st PC



Saja2 lepak buka buku lama2 jumpa senarai specs PC aku yg pertama kali menjadi milik aku. Aku beli PC ni around tahun 98-99 kalu x silap. Di bawah ni aku senaraikan specs PC aku yg buat aku x tidoq malam n ponteng kuliah..hehe

- Processor Cyrix MII 300 MHz
- TX Pro II 512k Pipeline Burst Cache Motherboard
- 1 MB SVGA Card
- 32MB SDRAM up ke 96MB
- 1.44mb Floppy Disk Drive
- 5.1gb HDD
- 14' Digital 0.28mm Low Radiation SVGA Monitor
- 107 Keyboard for Win98
- Mini Tower Casing
- Mouse & Pad
- 40x CDROM drive
- SB16 3D Sound System
- 360 watt Stereo Speakers

Harga PC ni kalau x salah aku dalam RM2050.


Sebelum pindah ke Jitra, beginilah nasib pc2 aku..paling kiri tu adalah pc 1st aku yg diceritakan diatas. Ada logo man u but i'm not the fan..PC2 ni tggu org sampah mai amik..huhu. Everythings that has a beginning, has and end..Adios

Monday, July 25, 2011

Dusun di Kg. Bukit Nyamuk, Kuala Nerang

Aku balik jap weekend baru ni. Singgah dusun yang dah lama aku jejak.hhuhu.. Aku rasa dah 4-5 tahun kot aku tak pi dusun ni..Tengah musim buah memang seronok la pi.. Pekena derian sampai penin..huhu



gambar panorama 180derjah dari jalan masuk. (klik untuk besar)

Wednesday, July 13, 2011

Scrummy Restaurant: "scrumptious" and "yummy"

Aku makan kat sini tadi..Nice place..
waiter pun ok..
Makanan ini dipanggil Prawn Aglio Olio (RM 8.90). aku telah mengorder makanan ini. Not bad but terlalu sikit. X brape nak kenyang. huhu

Others review:

Komen di foursquare:

Kristy T.

Kristy T.

Is really good service by them.. Food? Haven't try yet cause first time at here, shd be not bad!!
Teh C.

Teh C.

Been here few times. Reasonable price especially the set lunch but the food is really average only.
Dean S.

Dean S.

Not satisfying. The price is not reasonable for this kind of quality..
Jason L.

Jason L.

Very good service. Waiter will not get tired to introduce food to u. Aglio olio prawn is fantastic.
Li Ping P.

Li Ping P.

Recommendation: http://in-pisceans-heart.blogspot.com/2011/05/food-review-scrummy-restaurant.html Price is affordable =)
S.May

S.May

the grilled prawn inside the aglio olio is superb! overall good service! thumbs up!
Espen A.

Espen A.

Burger not very good, not chicken filet but a paddy mix. Chips not cooked all the way through. Bun hard and way too crispy. And also a horrible name for a restaurant.
James Y.

James Y.

Mushroom soup is good. Prawn olio is average, chicken chop is very decent
Elaine C.

Elaine C.

Very good service , I love this place
Danny D.

Danny D.

very.......reasonable price and food awesome plus those who love healthy food should check this place.. won't regret at all...cheers
Joe Ann L.

Joe Ann L.

The prawn aglio olio is pretty good especially since they use fresh shitake mushrooms. I would come bck again.
Joe Ann L.

Joe Ann L.

The prawn aglio olio is pretty good especially since they use fresh shitake mushrooms. I would come bck again.
Vikee G.

Vikee G.

Very good service! Food so-so...
Vikee G.

Vikee G.

Closed on Sunday...



TQ

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...