بسم الله الرحمن الرحيم
"In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful"

Betapa agungnya! Allah SWT menurunkan ayat pertama @ perkataan pertama melalui Al-Quran hanyalah dengan perkataan Iqra'. Anehnya, perkataan pertama itu bukan bermaksud, sembahyang, puasa, dsb. Ia bermaksud "bacalah..."

Allah revealed the first sentence @ first word through the Quran is the word Iqra '. Oddly, the first word that does not mean, prayer, fasting, etc.. It means "read ..."

Wednesday, December 16, 2009

Type of Women in i.t view


HARD-DISK Woman:
She remembers everything, FOREVER.


RAM Woman:
She forgets about you, the moment you turn her off.


WINDOWS Woman:
Everyone knows that she can't do a thing right, but no one can live without her.


EXCEL Woman:
They say she can do a lot of things but you mostly use her for your four basic needs.


SCREENSAVER Woman:
She is good for nothing but at least she is fun!


INTERNET Woman:
Difficult to access.


SERVER Woman:
Always busy when you need her.


MULTIMEDIA Woman:
She makes horrible things look beautiful.


CD-ROM Woman:
She is always faster and faster.


E-MAIL Woman:
Every ten things she says, eight are nonsense.


VIRUS Woman:
Also known as "WIFE"; when you are not expecting her, she comes, installs herself and uses all your resources. If you try to uninstall her you will lose something, if you don't try to uninstall her you will lose everything............


ps: Huh!

Tuesday, November 10, 2009

Nama anak yang dilarang Islam

Abkam = Tidak celik, buta
Abiqah = Hamba yang lari dari tuannya
Afinah = Yang bodoh
Asyar = Paling jahat
Asyirah = Yang tidak bersyukur atas nikmat
Amah = Hamba suruhan perempuan
Baghiah = Yang zalim, jahat
Bahimah = Binatang
Balidah = Yang bodoh, bebal
Bakiah = Yang menangis, merengek
Baqarah = Lembu Betina
Batilah = Yang batil, tidak benar
Dabbah = Binatang
Dahriyah = Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya
Dahisyah = Goncang, stress
Darakah = Kedudukan yang rendah
Daniyah = Yang lemah dan hina
Dami'ah = Yang mengalir air matanya
Fasidah = Yang rosak, yang binasa
Fasiqah = Yang jahat, si fasik
Fasyilah = Gagal, kalah
Fajirah = Yang jahat, yang berdosa
Faji'ah = Kecelakaan
Ghafilah = Yang lalai, yang leka
Ghailah = Kecelakaan, bencana
Ghaibah = Hilang
Ghasibah = Perampas, perompak
Ghamitah = Yang tidak mensyukuri nikmat
Ghawiah = Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu
Haqidah = Yang dengki
Hasidah = Yang hasad
Hazinah = Yang sedih
Huzn = Kesedihan
Khabithah = Yang jahat, yang keji
Khali'ah = Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Khati'ah = Yang bersalah, yang berdosa
Khasirah = Yang rugi
Khamrah = Arak
Jariah = Hamba suruhan perempuan
Jafiah = Yang tidak suka berkawan
Kaibah = Yang sedih
Kafirah = Yang kafir, yang ingkar
Kamidah = Yang hiba, yang sangat berduka
Kazibah = Pendusta, pembohong
Lahab = Bara api
Laghiah = sia-sia, tidak berfaedah
La'imah = Yang tercela
Lainah = Yang terkutuk
Lahifah = Yang sedih, menyesal dan dizalimi
Maridah = Yang menderhaka
Majinah = Yang bergurau senda tanpa perasaan malu
Majusiah = Agama menyembah api atau matahari
munafikah = Yang munafik
Musibah = Celaka, bencana, kemalangan
Nariah = Api
Nasyizah = Yang menderhaka dan melawan suami
Najisah = Yang najis dan kotor
Qabihah = Yang buruk, hodoh
Qatilah = Pembunuh
Qasitah = Yang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran
Qazurah = Kejahatan, perzinaan
Rajimah = Yang direjam, yang dilaknat
Razi'ah = Kecelakaan, musibah
Razilah = Yang keji dan hina
Sakitah = Yang jatuh, yang hina, yang jahat
Safilah = Yang rendah dan hina
Sahiah = Yang pelupa
Sakirah = Pemabuk
Syafihah = Yang bodoh
Syaridah = Yang diusir
Syaqiyah = Yang menderita
Syarrul Bariyyah = Sejahat-jahat manusia
Syani'ah = Yang buruk
Syarisah = Yang buruk akhlak
Syatimah = Maki hamun
Syariqah = Pencuri
Talifah = Yang rosak, yang binasa
Tarbiyah = Yang papa kedana
Tarikah = Anak dara tua
Tafihah = Karut
Talihah = Yang tidak baik
Yaisah = Yang berputus asa
Yabisah = Yang kering, yang sedikit kebaikannya
Wahinah = Penakut
Waqihah = Yang kurang sopan dan malu
Wasikhah = Yang kotor
Wasyiah = Yang mengumpat, yang mengadu dombakan orang
Wahimah = Yang lemah
Wahiah = Yang lemah, yang jatuh, yang buruk
Wajilah = Penakut
Wailah = Bencana, keburukan
Waqi'ah = Pertempuran dalam peperangan, umpatan
Zalijah = Kebinasaan
Zalilah = Yang hina
Zalimah = Yang zalim
Zaniyah = Penzina, pelacur
Zufafah = Racun pembunuh

Saturday, August 1, 2009

Programmer


"Sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang "programmer" anda perlu pikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum anda menyesal dikemudian hari. Ini adalah contoh daripada seorang hamba allah yang mengadu pada mengenai hubungan dia dan si suami, seorang proggrammer setiap hari.

Suami: (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in."

Isteri: Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi? Isteri: Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?

Suami: Bad command or filename.

Isteri: Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!

Suami: Errorneous syntax. Abort?

Isteri: Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa..... Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?

Suami: Variable not found...

Isteri: Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.

Suami: Sharing Violation. Access denied...

Isteri: Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.

Suami: Too many parameters...

Isteri: Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.

Suami: Data type mismatch.

Isteri: Abang nih memang betul-betul tak berguna la.

Suami: It's by Default.

Isteri: Macamana pula dengan gaji abang?

Suami: File in use ... Try later.

Isteri: Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai isteri?

Suami: Unknown Virus.

Friday, July 3, 2009

Pelbagai


antara beberapa aktiviti yang berlaku 1-2 bulan lpas..;
- Aku keluar ber'outstation' ke:
i. ulu tiram, Johor
ii. tanjung pengelih, Johor
iii. sri aman, Sarawak
iv. kota kinabalu, Sabah
v. labuan

semuanya kerana mesin di bawah ini;

nama mesin ini ialah 'Mesin E-Kiosk LTAT'. komen tentang mesin ni..malas nk pikir...

- lpas tu bulan 3 lpas aku dikurniakan sorg lagi anak...anak sedare..ke-tiga..Adly Fikry nama nya..
pak lang yang bz..jarang nk p tgk..huhu

pemandangan kota kinabalu dari bukit bendera. KK pun ada bukit bendera laa..(btul ke nama bukit tu..aku pun dh igt2 lupa laa..hehe)

kapal terbang ke labuan.
kena duduk btul2 seblah kipas lak..duk pikir kalo tercabut ni..aku dulu laa kot..huhuhu

ni kat terminal bot di labuan. Labuan ni mcm Langkawi jgak laa..pulau bebas cukai...rokok, arak suma murah..temasuk cokelat..

lpas tu perkahwinan adik aku pada 30 mei 2009 di Sg.Buloh..kat jitra 6 jun 2009...
Selamat Pengantin Baru n smoga bahagia dan kekal abadi..aku? xtau laa lagi..hehehe

Wednesday, June 17, 2009

Tag Wallet/Purse


A. Snap the picture of both inner and outer of your wallet/purse.



wallet dari 2003 kot aku pakai & 2 kali hilang n jumpa balik.


B. Introduce your purse brand, price & where you buy.

Brand : Lois
Price : RM100++(ada diskaun 70% tu yg amik..hehe)
Where : Butik ape tah kat Megamall Pinang, Seberang Perai.


C. Take out whatever its inside your purse.


IC ada, lesen ada, macam2 ada. (gambar rumaja pun ade..huhu)

kad staf dan pelbagai kad bank (yg. x bape ade duit di dalamnya)


business kad dan pelbagai


duit lama dan baru. duit lama tu aku simpan jer buat koleksi. duit baru tu untuk belanja diri sendiri..hehe


D. Tagged other 7 persons.
saper2 yang suke buat, sile lah yer. x pakse n x larang..hehe

E. Comment on your friend’s (who tagged you) wallet/purse.
mcm2 ade dlm purse cik seha owen ni. nasib baik peti ais dgn mesin basuh xde, kalau x mmg lagi gempak..hehe


Sunday, May 17, 2009

Out for many week..huhu


aku sgt keletihan..
outstation yang panjang..
disambung dgn kursus lg..

13-15hb May = out to Johore
18-22hb May = out to Kuching, K.Kinabalu & Labuan
25 May to 2nd June = Kursus atINTAN

but my phone still available..hehe

adios..

Friday, April 24, 2009

Bahana Nafsu

SETIAP kali berakhirnya sambutan yang membabitkan ‘kemeriahan’ pada sebelah malamnya di negara ini, tiga bulan selepas itu akan menyaksikan peningkatan kes membuang bayi dan mengandungkan anak luar nikah. 

Tempoh ini ibarat ‘musim mengawan’ kerana tiga bulan selepas itu rumah perlindungan wanita akan mencatatkan peningkatan kes wanita tidak bersuami mengandung memohon ‘perlindungan’ dan di seluruh negara pula akan mencatatkan kes buang bayi sama ada yang ditemui masih hidup atau ada janin dibuang di dalam semak, tandas awam atau pusat pembuangan sampah. 

Cukup menarik untuk membicarakan topik ini kerana umumnya ia membabitkan pasangan yang mengadakan hubungan intim membawa kepada perlakuan seks terlarang. Soal sah atau haram diketepikan pelakunya, asalkan hasrat nafsu serakah dicapai.

Istilah ‘mengawan’ mungkin lebih menjurus kepada binatang dan konteks ini ia memang normal, bahkan soal bertukar pasangan bukan masalah besar. Bagaimanapun, dalam lingkungan penghidupan manusia normal, apatah lagi umat Islam yang tergolong dalam kategori berpelajaran dan pendidikan tinggi, ia sepatutnya tidak berlaku. 

Menariknya, ‘musim mengawan’ ini berlaku serentak setiap kali adanya sesuatu sambutan membabitkan cuti umum atau dikaitkan dengan meraikan bersama kekasih seperti Tahun Baru, kemerdekaan atau ‘Hari Kekasih’ (Valentine’s Day). 

Ketika itu jugalah, anak muda bergelar pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) tidak terkecuali ‘mengawan’ sama ada mendapat persetujuan bersama atau tidak sengaja bersama pasangan masing-masing.

Penghuni Kem Bina Insan Kewaja mengikuti sesi agama dan kaunseling.

Soal hukum agama diketepikan sama sekali, soal baik buruknya perbuatan mereka yang bergelar pelajar universiti juga dibuang ke dalam tong sampah. Paling penting, naluri hati dan nafsu mesti dipenuhi. 

Kenyataan ini bukan omongan kosong. Hakikatnya, jika dilihat pada statistik kes buang bayi atau kes gadis mengandung anak luar nikah, ia secara konsisten menunjukkan trend ini selepas beberapa bulan atau maksimum sembilan bulan selepas sesuatu perayaan berlangsung. 

Ini diakui Pengarah Kem Modal Insan Kewaja, Yahya Mohamed Yusof, 45, yang kini sudah mengendalikan lebih 3,000 kes mengandung anak luar nikah sejak 1998. Rata-ratanya berusia 17 hingga 23 tahun yang mana mereka sebenarnya dalam peringkat mencari ilmu, bukannya mencari keseronokan seks. 

Kewaja yang ditubuhkan atas inisiatif Yahya bersama isterinya, kini dikhaskan untuk membantu dan menguruskan gadis mengandung anak luar nikah, bertujuan membawa mereka kembali ke pangkal jalan dan pada masa sama mengelak meningkatnya kes membuang bayi.






Pesta hiburan dan sambutan Hari Kekasih banyak menyumbang kepada perlakuan seks bebas.

“Kira-kira 50 peratus daripada mereka pelajar sekolah menengah atas dan IPT. Memang diakui, setiap kali tiba musim perayaan, kami akan menerima banyak kemasukan baru beberapa bulan selepas itu. 

“Kita perlu melihat ke belakang untuk mengkaji fakta itu dan ia dikira berdasarkan usia kandungan mereka. Kebanyakan mereka mengandung pada bulan yang memang ada sesuatu perayaan atau sambutan berlangsung. Kononnya itu masa bersuka ria. 

“Kita jangka pada sambutan Hari Kekasih pada Februari lalu kes gadis mengandung di luar nikah akan meningkat selepas Mei kerana kebiasaannya, gadis terbabit hanya menyedari mereka mengandung tiga bulan selepas itu,” katanya. 

Ketika ini pusat itu menguruskan 55 peserta wanita yang sedang menunggu masa kelahiran bayi mereka mengikut tempoh berbeza. Puratanya, dianggarkan antara 15 hingga 20 orang akan keluar masuk pusat itu setiap bulan. 

Logiknya, itu hanya statistik daripada sebuah pusat sukarela, belum dikira pusat lain, kes mendiamkan diri atau yang nekad menggugurkan anak semata-mata mahu mengelak menanggung aib diri dan keluarga. 

Berdasarkan kaji selidik dan pengalaman Yahya menguruskan pusat itu sejak 21 tahun lalu, ada antara peserta yang beranggapan pertemuan romantik pasangan kekasih sempena Hari Kekasih atau cuti umum sebagai simbolik upacara ‘pecah dara’. 

Berlainan bagi Yahya yang tetap menganggap semua gadis di bawah jagaannya sebagai mangsa rogol walaupun ada yang mengadakan seks atas dasar suka sama suka. 

“Seks mestilah melalui proses yang betul, mesti ada peraturan. Tiada wanita yang merancang membuatkan diri dilanda musibah, ini semua disebabkan tipu daya lelaki. Tiada yang teringin nak mengandung anak luar nikah. 

“Saya anggap semua kes di sini sebagai kes rogol disebabkan mereka jadi pemuas nafsu lelaki. Apa yang boleh disimpulkan ialah bencana maksiat iaitu semua jenis maksiat di negara kita semakin teruk, perlu ada sikap menegur dan mencegah,” katanya. 

Monday, April 20, 2009

Ikan 'pontianak' ancam Tasik Besar


Haiwan bermulut bulat dan gigi tajam hisap darah hidupan asal di perairan Amerika 

NAMA Tasik Besar Amerika Utara sememangnya tidak asing bagi kita. Namun, secara diam-diam Tasik Besar yang luas ini berdepan kemusnahan teruk akibat kehadiran spesies makhluk perosak yang kecil, dikenali sebagai ikan lamprey atau ikan 'pontianak.'
 

Ikan menyamai belut, mempunyai mulut bulat dan bergigi tajam ini pula bukannya penghuni asal, sebaliknya berhijrah secara tidak sengaja dari Lautan Atlantik pada abad ke-19.

 

Caranya memusnahkan spesies lain juga menyeramkan - giginya yang tajam digunakan bagi ‘melekatkan’ dirinya pada ikan lain sebelum mengorek isi dan menghisap darah serta cecair pada mangsanya itu. 

Ini menyebabkan ikan itu dalam tempoh beberapa minit akibat kehilangan darah selain jangkitan kuman.
 

Ancaman dibawa ikan lamprey ini pula bukan kecil sebaliknya menyebabkan kemusnahan yang besar kepada habitat asal di kawasan berkenaan.


Ikan salmon menjadi mangsa Lamprey laut.

Setiap tahun agensi yang bertanggungjawab mengawal pembiakan ikan Lamprey terpaksa membelanjakan lebih AS$20 juta (RM70juta) untuk melaksanakan pelbagai kaedah mengurangkan pembiakannya termasuk menggunakan arus elektrik, pelepasan ikan lamprey jantan mandul dan semburan racun khas. 

Pada era 1930 hingga 1940-an kehadiran ikan lamprey secara tidak terkawal mengakibatkan industri perikanan air tawar di Tasik Besar terjejas teruk berikutan kemusnahan ikan asal termasuk ikan tamban air tawar, trout dan ikan putih.
 

Kepupusan ikan asal Tasik Besar menyebabkan satu lagi spesies ikan tamban dikenali alewife membiak terlalu banyak dan memburukkan lagi kemusnahan ekologi di tasik berkenaan. Ikan ini juga dipercayai menjadi punca utama jumlah beberapa ikan lain terjejas berikutan kandungan bahan kimia thiamine di dalam isinya menyebabkan ikan lain yang memakannya menjadi mandul.
 

Berikutan itu, ahli sains dan penyelidik tidak jemu menjalankan kajian bagi mencari kaedah terbaik mengawal dan seterusnya menghapuskan ikan lamprey.

Terbaru, penyelidik Amerika berjaya menghasil dan melepaskan sejenis hormon seks tiruan ikan lamprey jantan bagi menarik ikan betina berenang ke hulu sungai dan diperangkap. Kejayaan itu dilaporkan dalam sidang Akademi Sains Kebangsaan baru-baru ini. 

Langkah menggunakan hormon tiruan ini dipercayai kali pertama dilaksanakan dalam usaha mengawal haiwan perosak selain serangga.
 

"Kajian mengenai penggunaan hormon haiwan sedang dilakukan dengan meluas, malah kajian terhadap manusia turut dibuat," kata ketua penyelidik dari Universiti Michigan State di East Lansing, Amerika, Profesor Weiming Li.

Bagaimanapun kata beliau kebanyakan penyelidik menganggap, oleh kerana ciri ikan ini yang kompleks, tabiat mereka juga sukar ditentukan hanya dengan kajian ke atas satu hormon.
 

Kumpulan penyelidik Profesor Li baru-baru ini melepaskan hormon tiruan lamprey jantan di sebuah anak sungai yang menjadi tempat lamprey membiak.
 

Lamprey betina yang terbau hormon itu mula berenang ke hulu sungai sehingga bertemu sumbernya dan sebilangannya berjaya diperangkap untuk dimusnahkan.
 

Pusingan hidup semula jadi ikan lamprey bermula daripada penetasan di sungai dan kehidupan dewasa di laut apabila ia mula menjadi ikan parasit dan bergantung hidup dengan darah dan cecair ikan lain yang dihisapnya sehingga menyebabkan ikan itu mati.
 

Ikan lamprey betina dan jantan yang kekenyangan akan mencari hulu sungai yang sesuai untuk bertelur dan mati.
 

Berbeza dengan salmon yang mencari anak sungai asal pembiakannya, lamprey boleh membiak di mana-mana sungai.
 

“Hormon tiruan ini mungkin boleh digunakan untuk menarik lamprey ke kawasan sungai yang tidak sesuai untuk pembiakan.”
 

Di habitat asal lamprey di Lautan Atlantik, bilangan haiwan ini dikawal pemangsa semula jadi tetapi di Great Lakes ia tidak mempunyai pemangsa.
 

Lamprey laut pertama kali muncul pada tahun 1800, selepas pembinaan Terusan Erie yang mengubungkan tasik itu dengan New York selesai.
 

Lamprey mula membiak dengan tidak terkawal apabila satu lagi terusan yang dibina menyediakan ‘pintu masuk’ kepadanya ke bahagian hujung tasik dan ini menjadi permulaan kemusnahan besar-besaran ikan asal di Great Lakes.
 

"Apa yang terjadi adalah perkara paling buruk pernah berlaku dalam sejarah penempatan orang Eropah di wilayah ini," kata Dr Marc Gaden dari Suruhanjaya Perikanan Great Laakes (GLFC) badan yang bertanggungjawab menangani maslaah lamprey.
 

Beliau berkata sebelum 1930-an penduduk bergantung kepada ikan asal seperti trout sebagai punca pendapatan, tetapi menjelang 1940-an lamprey menghuni beribu-ribu anak sungai dan menjejaskan dengan teruk industri menangkap ikan di Great Lakes.
 

Kebanyakan ikan boleh hidup sama ada di air tawar atau air masin saja, atau seperti ikan salmon berhijrah dari lautan ke sungai, tetapi lamprey mampu membiak ketika ia bergerak dari Atlantik ke kawasan air tawar Tasik Besar.
 

Setiap seekor ikan lamprey boleh memusnahkan sehingga 20 kilogram ikan trout sepanjang tempoh ia menjadi 'parasit'
 

"Kami amat teruja dengan penghasilan hormon tiruan ini kerana bagi kami ia satu lagi kaedah menangani masalah ikan lamprey. Ia mungkin boleh digunakan untuk memanipulasi tabiat mereka dan memusnahkannya," katanya.
 

Profesor Li dan pasukannya kini merancang eksperimen lebih besar iaitu menggunakan hormon untuk memerangkap lamprey betina di 20 anak sungai. Ujian ini dijangka mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan.
 

INFO: Lamprey laut
 

·  Lamprey laut atau nama sainsnya Petromyzon marinus 

·  Asal dari Lautan Atlantik, boleh ditemui di timur Amerika dan Kanada 

·  Hanya wujud di kawasan Tasik Besar 

·  Kali pertama dikesan pada 1936 di Tasik Michigan 

·  Mempunyai bentuk seakan belut, keluarga ikan tanpa rahang yang sudah wujud sejak zaman dinosaur, panjang antara 20 hingga 40 sentimeter, bahagian belakang berwarna coklat gelap, bermulut bulat dengan gigi tajam, mata besar berwarna merah 

·  Menjadi ikan parasit apabila dewasa 

·  Ikan lamprey air tawar ditemui di perairan Washington, sesetengahnya menjadi ikan parasit dan ada yang tidak 

·  Ikan lamprey air tawar parasit: silver lamprey, chesnut lamprey 

·  Ikan lamprey air tawar bukan parasit: Spesies northen brook lamprey, American brook lamprey.

Saturday, April 4, 2009

Tag Hampeh

1. apakah nama blog anda sekarang dan kenapakah anda memilih nama blog itu?
protozoa99. kerana [malas aku nk bagitau]..

2. apakah link blog anda dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
http://protozoa99.blogspot.com/. timbul nya ia selepas timbul dari permukaan air laut dalam di surabaya.

3. apakah method dalam penulisan anda?
mesej2 yang kritis lg sini..dan juga bolasepak..

4. pernah terasa nak hapuskan blog anda? kenapa?
x penah pun..nape nk hapus..igt kotaran degil kt baju putih ke?

5. apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini
ooo blog lya_nagase, sengal budak ni..tp dia mmg %^%&#$ %^%%^%&^%78^*&#$%#^ %^&%^&*(aku puji tu sbenarnya, jgn salah paham..hehe)

6. senaraikan calon yang akan di tag?
barang siapa yg baca mesej ini..anda telah di tag..hambik ko..yg dh buat pun buat 8 kali lg..nh lagi hambik..hambik..

Saturday, March 21, 2009

Who's Egg Is This?

There was once a Scotsman and an Englishman who lived next door to each other. The Scotsman owned a hen and each morning would look in his garden and pick up one of his hen's eggs for breakfast. 


One day he looked into his garden and saw that the hen had laid an egg in the Englishman's garden. He was about to go next door when he saw the Englishman pick up the egg. The Scotsman ran up to the Englishman and told him that the egg belonged to him because he owned the hen. The Englishman disagreed because the egg was laid on his property. 


"In my family," the Scotsman said, "we normally solve disputes by the following actions: I kick you in the balls and time how long it takes you to get back up. Then you kick me in the balls and time how long it takes for me to get up. Whoever gets up quicker wins the egg." 


The Englishman agreed to this and so the Scotsman found his heaviest pair of boots kicked the Englishman as hard as he could in the balls. The Englishman fell to the floor clutching his nuts and howled in agony for 30 minutes. Eventually the Englishman stood up and said, "Now it's my turn to kick you." 


"Keep the goddamn egg."

Monday, March 16, 2009

Man U pun di 'Ayam' kan




torres: ko x tgk game final euro ke vidic? mcm ni jgak laa aku score..hehe



Gol kedua: penalti oleh gerard

Gerard: ada kutu laa rambut ko Lucas. Kuyt: kata kt org, ko pun same..haha


Vidic: kecik je aku nampak ref ni..


Gol ke-3: free kick dari Aurelio
Fabio Aurelio: lpas ni ko gerrard susah carik mkn, aku pun leh buat free kick cantik..hehe

Fergie: mangkuk btoi korg..aku suh bertahan yg korg duk p serang sapa suh..x pasal2 kena 4 bijik..

Dossena: Sempoi x aku score td? Lucas: Sempoi...ternganga Van Der Sar aku tgk..haha Rooney: Gila malu ni, kalau ikut aku nk buka seluar n tutup muka je ni..huhu

Fergie: Torres, ko x nk main dgn Man U ke? Meh laa..aku up gaji ko lagi..

Mamat 1: Wei..x reti nk blk ke? Mamat 2: tggu..ade lagi gol ni..mana player MU ni..gol liv dh kosong tu..cpat laa g score..huhu


Wednesday, March 11, 2009

Ayam





real madrid di'ayam'kan oleh liverpool..btul ke? mcm x pecaya tp itulah yg berlaku..hehehe

congratz too liverpool...

Thursday, March 5, 2009

Sang Kancil dan Monyet


Al-kisah didalam sebuah hutan belantara ...maka tersebut lah kisah yang sungguh menyayat hati ...di dalam sebuah hutan ni ader 3 ekor monyet yang sangat karib ...mereka ber3 ni akan senantiasa kesana dan kemari bertiga2...

so pada suatu hari hutan tersebut di datangi oleh sekumpulan pemburu yang paling teror lahh...so dalam kedatangan pemburu tersebut 3 ekor kawanan monyet tersebut sedang makan buah-buahan di atas pokok ..tetiba terdengar dentuman yang kuat ,apa lagi terkejut beruk lah 3 ekor kawanan monyet tersebut lalu bertempiaran lari ...tapi kasihan 2 ekor dari kawanan monyet tersebut telah berjaya di tangkap oleh kawanan pemburu tersebut....


maka sejak hari itu monyet yang satu lagi berasa amat sunyi sejak ketiadaan kawan nya yang 2 ekor lagi ...sunyi sepi di rasa kannya dunia ini tanpa 2 ekor kawan nya itu ...lalu sang kancil pon ternampak masalah yang di alami oleh monyet tersebut...maka di ajak lah oleh sang kancil para cendiakiawan hutan yang terdiri daripada haiwan-haiwan di dalam hutan tersebut...setelah kata sepakat di capai oleh semua cendikiawan hutan tersebut iaitu untuk menghilang kan kedukaan monyet tersebut...maka suatu berita gembira pon di capai dan sang kancil pon berjumpa 
dengan monyet tadi ...lalu berkata ...........!!!!!!


sang kancil : monyet aku datang dengan membawa berita baik pada mu ...
monyet : tiada yang lebih baik selain aku dapat berjumpa semula dengan 2
kawan ku itu ...
sang kancil : itu lah yang aku nak kata kan ...
monyet : ye ker (dengan nada gembira)...d mana kah mereka ...
sang kancil : di sana ...

lalu sang kancil pon menunjuk kan benda ajaib tersebut..

monyet : yaa...(nada gembira sesangat)ye betul ...tq,,tq,, kancil kau lah
haiwan yang bijak ..ko telah temukan aku semula dengan kawan ku ...
sang kancil : itu sudah jadi tugas ku untuk menolong sesiapa saja yang 
dalam kesusahan ....
monyet : tapi aku hairan lah kancil ..
sang kancil : hairan kenapa plak!!!!!
monyet : aku berkawan 3 ekor...tapi mana lagi seekor kawan ku itu ....
sang kancil : KAWAN MU YANG SEEKOR ITU SEDANG MEMBACA CERITA INI .....


WASSALAMMM..

Monday, February 23, 2009

Liverpool's title dream over?

Sad but True..mungkin kenyataan diatas akan menjadi nyata..sukar pada masa sekarang untuk melihat pasukan Setan Merah seri apalagi tewas pada masa ini..The Reds patut menyalahkan diri sendiri kerana mencicirkan beberapa mata2 penting..untuk mengharapkan kekalahan pasukan Setan Merah dlm 2-3 game merupakan satu harapan yg agak muram..mungkin The Reds bole mengekalkan rentak sebagai runner up utk musim ini sbgai pemangkin semangat pada musim depan..dan menumpukan pada Champion League yg dh nk bermula kembali ni..

lawan pun bukan cencalang..Real Madrid tu yang baru lpas membelasah Real betis 6-1 dlm La Liga..mcm susah je..hehe, tapi slalu dlm Liga Juara-Juara ni, Liverpool punya game lain skit..xtau laa..hehe

Kedah pun seri je dgn UPB MyTeam di Darulaman..xpa..nanti bole pkoi balik kot kat Kelana Jaya..

Tuesday, February 17, 2009

Kisah Seekor Tikus

Seekor tikus mengintip disebalik celah di tembok untuk mengamati sang petani dan isterinya membuka sebuah bungkusan. Ada makanan fikirnya? 
Dia terkejut sekali, ternyata bungkusan itu berisi perangkap tikus.Lari kembali ke ladang pertanian itu, tikus itu menjerit memberi peringatan; "Awas, ada perangkap tikus di dalam rumah, awaslah, ada perangkap tikus di dalam rumah!" 

Sang ayam dengan tenang berkokok dan sambil tetap menggaruk tanah, mengangkat kepalanya dan berkata, "Ya maafkan aku, Pak Tikus, aku tahu ini memang masalah besar bagi kamu, tapi buat aku secara peribadi tak ada masalahnya. Jadi jangan buat aku peninglah." 

Tikus berbalik dan pergi menuju sang kambing, katanya, "Ada perangkap tikus didalam rumah, sebuah perangkap tikus dirumah!" "Wah, aku menyesal dengar khabar ini," si kambing menghibur dengan penuh simpati, "tetapi tak ada sesuatupun yang bisa kulakukan kecuali berdoa. Yakinlah, kamu sentiasa ada dalam doa doaku!" 

Tikus kemudian berbelok menuju si lembu. " Oh? sebuah perangkap tikus, jadi saya dalam bahaya besar ya?" kata lembu itu sambil ketawa. 

Jadi tikus itu kembalilah kerumah,kepala tertunduk dan merasa begitu patah hati, kesal dan sedih, terpaksa menghadapi perangkap tikus itu sendirian. 

Malam itu juga terdengar suara bergema diseluruh rumah, seperti bunyi perangkap tikus yang berjaya menangkap mangsanya. Isteri petani berlari pergi melihat apa yang terperangkap. Didalam kegelapan itu dia tak bisa melihat bahawa yang terjebak itu adalah seekor ular berbisa. Ular itu sempat mematuk tangan isteri petani itu. Petani itu bergegas membawanya ke hospital. Dia kembali ke rumah dengan demam. Sudah menjadi kebiasaan setiap orang akan memberikan pesakit demam panas minum sup ayam segar, jadi petani itu pun mengambil goloknya dan pergilah dia ke belakang mencari bahan bahan untuk supnya itu. 

Penyakit isterinya berlanjutan sehingga teman teman dan jiran tetangganya datang menjenguk, dari jam ke jam selalu ada saja para tamu. Petani itupun menyembelih kambingnya untuk memberi makan para pengunjung itu. 

Isteri petani itu tak kunjung sembuh. Dia mati, jadi makin banyak lagi orang orang yang datang untuk pengkebumiannya sehingga petani itu terpaksalah menyembelih lembunya agar dapat menjamu makan orang orang itu. 

Moral kisah ini: 

Apabila kamu dengar ada seseorang yang menghadapi masalah dan kamu fikir itu tiada kaitan dengan anda, ingatlah bahawa apabila ada 'perangkap tikus' didalam rumah, seluruh 'ladang pertanian' ikut menanggung risikonya . 

Sikap mementingkan diri sendiri lebih banyak keburukan dari baiknya

Monday, February 9, 2009

TT session with SNC memberz..



Lepak2, borak2, sembang2..


Bergambar depan venue restoran

Kreta standard x buat apa lagi..


Hari sabtu mlm hari tu aku join TT SNC (Satria Neo Club) kt Sg.Buloh.. 1st TT aku..Sorang pun aku x kenai tp dgn selamba aku p untuk kenai2..hehe.. sempoi gak depa ni..mcm2 kpala duk ada..dlm pkui 10.30 kot aku smpai situ..lepak2 sambil tgk game chelsea vs hull..chelsea seri je..kesian..heheh..Ramai awex yg turut serta, tp semua org punya laa..hehehe...lebih kurg kul 2.30pagi jgak TT tu tamat..ada yg sambung p main snooker..aku balik tdoq..dh ngantuk sgt..hehe..
esok pg tu ada TT lg..n tgh hari diaorg buat lwn bowling..sakit tgn pun x abih lg ni..kalau terer xpe laa jgak..ke longkang jgak perginya...hehe

adios...

Wednesday, February 4, 2009

Women & Computer

Top Ten Reasons Why The Computer Industry Is Finally Opening Up To Women

1. It's easier for a woman to "turn on" a computer 

2. Women don't have motherboard fixations. 

3. Women are much better at FDISK-ing a hard drive 

4. When lost on the Internet, women are willing to ask for directions. 

5. Women can communicate gossip and rumors quicker than the fastest modem. 

6. Only women (I think) can marry Bill Gates. 

7. Women see a 14 inch monitor they think it's a 14 incher and not a 20. 

8. Women have bigger SMART drives. 

9. Women don't think with their joysticks. 

10. Women actually read installation manuals.

Wednesday, January 28, 2009

Kerja

assalamualaikum...

Kata-kata renungan dari Prof. Diraja Ungku Aziz.
Mungkin boleh kita sama-sama renungkan kot :

RAJIN BEKERJA, MALAS BERCAKAP - Kena Buli

MALAS BEKERJA, RAJIN BERCAKAP - Wayang Cina

MALAS BEKERJA, MALAS BERCAKAP - Tak Guna

MALAS BEKERJA, SUKA MENGADU - Langau (Lalat Hijau)

MALAS BEKERJA, SUKA PONTENG - Lebih Baik Berhenti

MALAS BEKERJA, SUKA TERMENUNG - Lebih Baik Mati

RAJIN BEKERJA, RAJIN MENGADU - Kaki Bodek

RAJIN BEKERJA, RAJIN BERCAKAP - Bagus

JADI,DIMANAKAH ANDA ???
fikir2kan laa yer!! @
lu pikir laa sindri...hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...